Ini Blog Gua ! HajarMazalan: 2013

Sunday, December 29, 2013

Huru Hara: Otak Serabut


Hari nie dari pagi aku kena belbelbel dengan mak aku . -,- Dan otak aku teramat lah serabut .
Sarat dengan info mak aku bagi dari pagi sampai malam . Aku harap aku dapat buangkan semua tu time aku tidur nanti . Sweet dream, gula-gula hati . :)

Thanks For Reading :)

Thursday, December 26, 2013

Huru Hara: Indie


Aku seorang gadis yang berlatang belakang kan indie . Hidup dalam kesederhanaan dan kadang kala penuh kepura-puraan . Mempunyai semangat setia kawan yang tinggi dan juga pendendam yang hebat . Apa yang kau dendam, Adi ? Ntah . Aku pun tak tahu . Mungkin seseorang yang bernama lelaki yang selalu menyusahkan hidupnya dari awal lagi . Mungkin dia mempunyai dendam terhadap ayahnya sendiri tapi tak bermakna dia benci ayah .

Dari awal lagi aku hidup dalam keadaan penuh kawalan . Setiap hari aku siap sedia dengan air mata . Apa yang aku buat semua tak kena di mata ayah aku . Mungkin aku inginkan kebebasan tapi ada sesuatu yang mengikat aku hingga aku rimas dan selalu nak merasa indie . Rutin harian aku waktu kecil hanyalah belajar, belajar dan belajar . Kalau aku ponteng . Siap larh aku . Tali pinggang menunggu aku . Hidup aku penuh dengan huru hara .

Sehingga sekarang aku belajar untuk mencari kehidupan yang sebenar, iaitu bebas ataupun indie . Aku mula berjinak-jinak dengan indie bila dunia hitam putih menular dengan pesat . Time tu majalah paling laris majalah mastika . Budak emo baru nak up . Black metal semakin berleluasa dan budak punk semakin menjadi-jadi dengan punk not dead mereka .

Walaupun aku dihantar ke sekolah agama tapi aku tetap dengan dunia hitam putih aku . Aku conteng meja sekolah aku dengan warna hitam putih . Aku bawak bag hitam putih . Aku celakkan mata aku . Tapi takde orang perasan pun masa tu . Mana nak perasannye . Band indie mana meletop lagi time tu . Hujan band pun asyik kena bash je ngan budak kpop . Aku pun masa tuh anti jugak dengan Hujan band sebab bawak lagu ntah pape . Tapi naseb ada Noh yang segak bawak style hitam putih . Then masa tu aku try minat dengan semua lagu-lagu beliau . HAHA !!

Zaman berlalu dengan pesat . Aku dah lupa macam mana aku boleh melekat dengan stesen radio indie Xfm . Aku tak tahu siapa yang bawak aku ke situ . Yang aku ingat aku mintak kebenaran mak aku nak bawak masuk Hi5 dalam bilik aku . Setiap malam aku berangan dalam bilik sorang-sorang sambil dengar lagu-lagu indie dekat Xfm . Aku tak tahu aku berangan apa . Mungkin aku berangan aku ada dekat GIG mungkin . HAHA !!

Oke, sekarang masuk ke zaman pesbuk . Time tuh aku login pesbuk pakai telefon bimbit 3310 je . Aku takde laptop macam orang lain . Aku tengok orang lain online pakai laptop jeles jugak aku . Aku cuma ada komputer je . Komputer dulu bapak besar . Dah macam ape aku tengok . Dulu aku pakai komputer buat main game Need for Speed je . Game tu la aku maen dulu sampai aku ada penyakit insomnia . Perghh . . Maha dahsyat penyakit aku dulu . Kalah penyakit yang aku ada sekarang . HAHA !! Oke, balik pada pesbuk pulak . Dulu dengan siapa-siapa ntah aku berkawan . Aku tegur orang nie orang tu macam geng aku . Padahal luaran aku pendiam je . Yeke ? Ntah . Sehingga aku jumpa budak satu kepala dengan aku . Kepala indie . Aku tak tahu macam mana aku boleh jumpa . Mungkin masa tu aku banyak buat status pasal indie kan . Mana tahu . Aku tak tahu !! Masa tu aku tak kenal pun dengan siapa aku berkawan . Aku online pakai telefon 3310 mana nak nampak gambar. Tulisan jelah . Tu pun naseb ade kaler-kaler . Yang banyak kaler biru putih . Mungkin si Mark tu penyokong BN barangkali.

Then sampai satu tahap tu mungkin mak dengan ayah aku kesian kan anak-anak mereka tak dapat online pesbuk dengan sempurna . So mak aku tolong belikan dan bil-bil bulanan berokband kepada anak-anak nya . Dengan perasaan yang tak boleh digambarkan tu aku dapat larh online guna laptop walaupun line tenet time tuh lembab macam siput babi . Oh ya . . Time tu aku dah ada laptop . Laptop 1 Malaysia yang kerajaan bagi tu . Gila aku tak bersyukur . Aku bersyukur kepada Tuhan . Bukan pada pemberi laptop nie . Di situ larh penyakit insomnia aku semakin mengganas . Biasa lah, dulu aku sangat jakun terhadap IT nie . Then dari situ kawan sekepala indie aku mula bertambah . Banyak group-group indie yang aku join . Bercerita kisah suka duka indie . Kisah hujan band kena baling botol kat budak Johor dan macam-macam lagi . Sehingga sekarang aku mula bergerak indie secara personal, alone dan sendirian . Kawan-kawan realiti aku semuanya geng-geng belieber . -,-



Thanks For Reading :)

Monday, June 3, 2013

Happy Friends !!


Holla . . 
Ermmm, apa ek ?
Aku tak tahu nak mulakan macam mana .

Errr . . Dalam minggu nie 
Aku, Fatin and Diva dah genap setahun berkawan .
So dalam kesempatan nie aku nak ucapkan
Epy anniversary larh untuk dyorang .
Dalam masa setahun nie
banyak gila memori-memori manis kitorang .

Aku rasa amat beruntung dapat berkawan dengan dyorang berdua .
Masing-masing ada kelemahan dan kelebihan
dan masing-masing saling melengkapi dalam diri masing-masing .


*memori di Gambang time sem 1 dan sem 2 .


*memori di Sekayu



Banyak lagi kenangan-kenangan kitorang bersama .
Cuma gambar tuh takde dengan aku sekarang . 
muehehehehehe . .

Thanks For Reading :)

Thursday, May 23, 2013

Orang Hodoh Cantik | TigaPuluhSatu

Si Dia: "Stop saying 'fair enough'."
Si Lelaki: "What? Uhhh, fine."
Si Dia: "And stop saying 'fine'."
Si Lelaki: "God this is ridiculous, what am I supposeto do?"
Si Dia: "Just stop doing what you're doing."
Si Lelaki: "What the hell did I do?"
Si Dia: "This, stop agreeing with me,
stop backing yourself away from me,
stop being passive,
stop refusing to talk."
Si Lelaki: "I'm not!"
Si Dia: "Yes you are. You can't just walk away from all this,
it's like you don't care anymore."

Si Lelaki tekup kedua tangannya ke muka,
mengeluh panjang.

Si Lelaki: "You want us to argue?"
Si Dia: "That's not what I meant.
I just want us to talk this through."
Si Lelaki: "Fair enough."
Si Dia: "Stop saying that!"

Si Lelaki tekup kedua tangannya ke muka,
mengeluh panjang.

Si Lelaki: "Okay, so just tell me, what this part of this
'I'm-being-a-bad-sport-argumentative-challenged-husband'
which I didn't get?''
Si Dia: "There, you does it again."
Si Lelaki: "What did I do now?"
Si Dia: "Being cute, it's not even cynical you know."
Si Lelaki: "By the love of god!"

Si Lelaki tekup kedua tangannya ke muka,
mengeluh panjang.


Thanks For Reading :)

Wednesday, May 22, 2013

Orang Hodoh Cantik | TigaPuluh

Mereka jarang serasi,
setiap masa sepertinya harus ada perbincangan.
Menegakkan pendirian sendiri.
Namun dalam diam,
hati mereka tidak dapat menahan,
daripada merasa kagum dengan pendapat yang lain.
Jadi mereka sentiasa cari jalan untuk bertengkar,
sepertinya ia sesuatu perkara yang paling menarik
dalam hubungan mereka itu mungkin.
Hingga apabila ia berlanjutan,
mereka sendiri lupa pergaduhan itu atas sebab apa.
Walaupun sebenarnya,
there isn't even any reason,
any reason at all to start a fight in the first place.
Kerana pada dasarnya mereka gilakan antara satu sama lain.
For each and every fight ends,
with them were all over each other.
For every make-up,
is an addiction.

Ia merupakan sesuatu yang gila.
Ia sesuatu yang tidak seimbang.
Bila sesuatu pertengkaran menjadi luar kawalan,
it gets ugly dan melukakan.

Jadi mereka bercadang 
untuk membuat satu jaminan.
Jaminan dalam perhubungan yang berkekalan
kerana cinta belum cukup untuk sebuah perkahwinan,
dan perkahwinan belum cukup untuk sebuah cinta.

Mereka mungkin akan terus bertengkar,
berlainan pendapat.
Dan setiap penyelesaian bukan selalunya indah.
Lalu mereka harus belajar
bagaimana untuk mengharunginya setiap kali,
bagaimana untuk menerima kepincangan hubungan mereka sendiri.

Kerana apa yang paling bermakna,
pada setiap perselisihan,
pada setiap moment 'eh,eh' itu,
pada setiap mogok dan tunjuk perasaan,
di penghujung hari,
everything else doesn't matter 
and they be all over each other again.

Madly
in
love.



Thanks For Reading :)

Tuesday, May 21, 2013

Orang Hodoh Cantik | DuaPuluhSembilan

Ada apa dengan lelaki?
Fikir Si Dia.
Bila bersama kawan-kawan,
mereka rasa hebat dan selamat.
Selamat untuk berkelakuan seperti kanak-kanak,
memperbodohkan diri sendiri.
Ritual pramatang mereka untuk diterima,
untuk pengesahan sebagai ahli di dalam kelab lelaki bodoh mereka.
Walaupun mereka tahu
mereka tidak akan dapat memikat hati perempuan
hingga akhir zaman sekalipun dengan cara begitu.
Tetapi mereka teruskan juga,
demi keseronakan itu,
demi prinsip mereka sebagai lelaki,
prinsip yang menyatakan setiap lelaki 
berhak untuk berkelakuan seperti kanak-kanak
memperbodohkan diri sendiri.
Berhak untuk berseronok.

Oh dan kami perempuan,
kata Si Dia,
kami juga tahu berseronok.
Namun dengan cara yang lebih bermaruah.
Harga diri kami terlalu tinggi untuk bersikap tidak matang.
Kawan bukan hanya untuk waktu gembira dan berseronak.
Kami tidak alu berkongsi tangis,
berpelukan dan mendengar luahan hati masing-masing.
Bila segalanya hilang,
kami hanya ada masig-masing.

Cuma akan ada seorang lelaki,
seorang sahaja dalam kalangan mereka.
Dan dia telah menarik perhatian Si Dia.
Berjaya menyentuh hatinya.
Kerana hanya bila lelaki itu 
mahu bersendirian tanpa gelak ketawa kawan-kawannya,
tiba-tiba sahaja Si Dia mampu melihat segala keistimewaannya.
Kemudian semuanya bertukar indah kepada Si Dia.

Ini lelaki yang mengagumkan Si Dia
dengan tutur katanya yang penuh makna dan dalam,
di sebalik penampilannya yang kebudak-budakkan.
Ini lelaki yang tidak kisah berkawan
dengan manusia-manusia yang tidak ungkin memahami dirinya.
Ini lelaki yang membuat perkara yang sia-sia,
memotong rumput dalam kostum arnab warna merah jambu.
Ini lelaki yang pulang ke rumah
dalam pakaian angkasawan ke angkasa lepas,
den menyapa,
"hey honey I'm home"
seperti itu perkara yang paling normal sekali di dunia.
Ini lelaki yang walau apa sekalipun,
menunggu di sebalik pintu kamar,
melupakan pengembaraan paling hebat dunia 
yang belum diteroka keseronokan kehidupan
yang lebih mencabar
di sebalik rumah dan tangga yang dibina.

Jadi ada apa dengan lelaki?
Fikir Si Dia.

"Err... Ini bukan soalan retorik lagi?"
Tanya salah seorang daripada The Sisterhood.

"No honey,
kadang-kadang hati juga mahu jawapan dan tujuan,
sudah penat ditinggalkan separuh jalan."
Kata Si Dia.

Hmmm... jika semua lelaki menubuhkan
kelab goofy dan jerks mereka sendiri.
Jika semua lelaki bersiap sedia
untuk sebuah pengambaraan mengelilingi dunia.
Soon we will be left with no more good guys.

Jadi kita adalah jawapan kepada 
semua soalan retorik kita sendiri.
Sebab dan tujuan untuk hari.

Hati mereka, hati lelaki.
Sebab dan tujuan untuk mereka
pulang ke rumah selepas setiap pengembaraan,
sebab dan tujuan untuk mereka menjadi matang.
Sebab dan tujuan untuk kekal dan setia.



Thanks For Reading :)

Monday, May 20, 2013

Orang Caintik Hodoh | DuaPuluhLapan

Ada apa dengan perempuan?
Fikir Si Lelaki.
Bila mereka bersama dalam satu kumpulan,
itu merupakan pemandangan yang paling menakutkan.
Entah apa saja lah yang dirancang oleh mereka,
komplot untuk menakluki dunia.

Mereka akan berbisik,
berkongsi rahsia-rahsia,
kisah-kisah sulit,
gosip paling eksklusif,
dengan bahasa-bahas isyarat mereka yang sukar difahami.
Kemudian rangkaian-rangkaian mereka
akan sentiasa berkembang,
di bawah pertubuhan mereka
yang dinamakan 'sisterhood'.

Oh dan kami lelaki,
kata Si Lelaki
kami tidak pernah berbangga dengan
istilah 'brotherhood' itu,
kecualilah jika kamu seorang gay.
Kami cumalah sekumpulan sahabat.
Harmless.
Lebih senang dengan panggilan 'The Boys'.
Bila bicara lebih selesa 
dengan menyatakan nama diri sendiri
dan diikuti dengan 'the boys'.
Me and 'the boys'.

Kemudian orang yang seterusnya juga,
me and 'the boys'.
Di sini menggambarkan betapa 
kami mengangkat individualiti dalam kumpulan sahabat kami.
Tiada masa mahu merancang konspirasi
untuk menakluk dunia.
Kami hanya berbicara tentang sukan,
kereta juga errr... perempuan.

Cuma akan datang seorang perempuan,
seorang sahaja dalam kalangan mereka.
Dan dia telah menawan hati Si Lelaki.
Berjaya menakluki dunianya.
Kerana hanya bila perempuan itu terpisah dari kumpulannya,
tiba-tiba saja Si Lelaki akhirnya mampu melihat 
segala keistimewaannya.
Kemudian semuanya bertukar indah pada Si Lelaki.

Ini perempuan yang mempersonakan Si Lelaki
dengan tariannya ketika membersihkan karpet
dengan mesin penyedut hampagas,
ketika Si Dia merasakan tiada manusia lain memerhati.
Ini perempuan yang akan membersihkan dan memasak segalanya
untuk melepaskan segala rasa sakit di hati.
Ini perempuan yang mahu menggenggam
tangan orang yang tidak dikenali ketika ajalnya.
Ini perempuan yang sudi makan malam bersamanya,
dalam keadaan paling tidak diner aux chandelless.
Ini perempuan yang ikut menyanyi lagu kegemaran Si Lelaki
dalam kereta tidak berpenyaman udara,
menuju ke arah matahari dan lautan bertemu.
Ini perempuan yang menguji kesetiaan lelaki,
lelaki yng mahu dimilikinya.

Jadi ada apa dengan perempuan?
Fikir Si Lelaki.

"Perempuan ini maksud kau?"
Tanya salah seorang daripada The Boys.

"Err ... ya dia, dan semua perempuan lain,"
kata Si Lelaki.

Bodoh.
Yang lain itu,
walaupun bergabung dengan kami semua sekalipun,
tidak akan mampu menakluki dunia
dan menawan hati kau.
Hanya mampu tendang perut kau sahaja
atas kebodohan kau ini.

Kecuali Si Dia seorang.
Just by her presence,
kau akan tewas.
Tewas dan bebas,
dimerdekakan akan kami.
Faham tak?

Dimerdekakan daripada kami.
Daripada semua.

Sehingga datang penakluk yang lebih agung.



Thanks For Reading :)

Orang Hodoh Cantik | DuaPuluhTujuh

Suatu hari,
Si Lelaki datang ke pejabat
dengan penampilan yang tidak kerauan.
Matanya kepenatan, kumisnya tidak terurus.
Lalu Bos Si Lelaki membuat komentar:

"You're mess."

Belum sempat Si Lelaki membela diri,
bos Si Lelaki bertanya:

"Problem at home?"

Terlalu obvious sangatkah?
Si Lelaki kehairanan.
Menyedari dirinya kantoi,
alasan kucingnya mati sebentar tadi
tiba-tiba seperti sudah tidak relevan lagi.

"Sit down son," 
tiba-tiba sahaja bos Si Lelaki bertukar tona
menjadi seorang majikan yang prihatin.

"Awak tahu tak perbezaan antara 
'trainwreck' dengan 'shipwreck'?"
Bos Si Lelaki bertanya lagi.

"Err... Tiada beza?" Jawab Si Lelaki.

"Salah. Banyak bezanya.
Awk, is a trainwreck." Balas bos Si Lelaki.
Si Lelaki sedikit tersindir dengan remark tersebut,
tapi mungkin memang ada kebenarannya.

"Dan saya, is a shipwreck,"
Bos Si Lelaki itu menambah lagi.

"Eh?" Si Lelaki kehairanan,
"kenapa pula?"

"Keretapi bergerak atas landasa.
Jalannya sudah pasti dan sudah ditentukan.
Laju, cepat atau perlahan,
tetap akan sampai ke destinasinya.
Evetually akan ada kemalangan,
mungkin terlalu laju,
mungkin terlebih beban,
atau di landasan ada rintangan,
atau takdir Tuhan,
yang mendatangkan bencana,
bertembung dengan keretapi dari arah bertentangan.
Mungkin kemalangannya dahsyat,
mungkin banyak kerosakkan,
mungkin parah."

Bos Si Lelaki berhenti seketika,
mengambil nafas.

"But you know what?
Helps would come as soon as it happens.
Landasan akan dibaiki,
gerabak akan dibaiki,
and the engine beyond repair,
it would be replace.
It would not be left there
terkubur and rotten.
Perjalanan yang tergendala 
tetap akan diteruskan."

Bos Si Lelaki berhenti seketika,
untuk melonggarkan tali lehernya.

"Kapal di lautan on the other hand,
is at the mercy of nature, of god.
Tidak boleh dijangka bencana dan dugaan
apa yang bakal melanda.
Lautan terbentang luas,
jika tidak pandai mencari arah
akan hanyut dan sesat.
Dan jika kemalangan,
akan karam atau terdampar dimana-mana.
Left there untuk terkubur,
jauh di dasar lautan,
the loneliest place on earth."

Bos Si Lelaki berhenti untuk kali ketiga,
kali ini dia mengusap cincin di jari manisnya,
sebelum menyambung:

"Ever since my wife died...
I've been drifting...
and was this close of becoming a shipwreck
yang terkubur di dasar lautan yang paling dalam dan gelap.
God knows betapa susahnya saya mencari arah
untuk kembali ke daratan,
kembali ke landasan.
So sonny,
awak faham bukan maksud saya?
Perkahwinan awak bina masih terlalu baru,
you got a long rail up ahead to cover.
So fix whatever is needed untuk teruskan perjalanan,
sebelum semuanya terlambat dan sampai ke penghujung landasan,
sampai ke lautan."

Bos Si Lelaki menepuk bahu Si Lelaki,
"take the day off son, think about it,"
lalu bangun meninggalkan Si Lelaki termenung.

Thanks For Reading :)

Thursday, May 9, 2013

Orang Hodoh Cantik | DuaPuluhEnam

Tangan-tangan yang masih kecil,
ditekap pada cermin.
Di luarnya ialah pemandangan 
sebuah dunia magikal
yang dipenuhi pohon-pohon tinggi sepanjang jalan,
dan di celah-celah himpunan dahan dan daun pohon itu
ada cahaya yang datang dari sebuah istana 
yang dibina dari kaca dan aiskrim vanila (?),
dan set lego (?),
dan Play-Doh (?).
Di dalam istana itu ada naga,
ada kesatria,
ada Voltron (?),
ada Thundercats (?),
serta koboi (?)
hidup bersama-sama.

Suaa ayahnya akan memberitahu mereka
akan menuju ke sebuah tempat rahsia,
tempat di mana semua hero dan kesatria itu berada,
tempat rahsia di sebalik pohon-pohon tinggi di sepanjang jalan.

Kemudian suara ibu menyampuk.
"Oh stop corrupting his mind.
Sayang, kita akan ke pantai."

Lagu-lagu Stone Roses akan mengiringi perjalanan mereka,
bersama pohon-pohon tinggi,
istana magikal,
pantai memutih,
memori indah bersama ibu dan ayahnya.
Di dalam kereta yang usia lebih tua darinya,
yang telah bersamanya seumur hidup Si Lelaki.

Ayah tentu berbangga
kerana legasi itu hampir berjaya disambung.
Biarpun lagu-lagu zamannya telah ditukar ganti
kepada irama The Postal Service dan Death Cab For Cutie.
Kereta tua yang banyak berjasa,
masih menjadi sebahagian memori indah anaknya,
Si Lelaki.

Bila Si Dia menurunkan cermin tingkap seluasnya,
kedua tangannya akan disilangkan pada bibir tingkap,
menahan dagunya,
menghirup udara petang,
melihat barisan pohon-pohon yang tinggi
yang sama sepanjang jalan.
Membiarkan rambutnya yang panjang mengurai
bebas ditiup angin.

Menuju ke pantai,
yang kini Si Lelaki dan Si Dia panggilnya,
'ke arah matahari dan lautan bertemu'.
Kerana belum ada generasi ketiga
yang boleh dianak-anakkan fikirannya.

Atau jika diberi kesempatan
untuk ditakdirkan wujud membuka mata melihat dunia,
melihat apa yang dilihat mereka berdua.



Thanks For Reading :)

Orang Hodoh Cantik | DuaPuluhLima

Sambil melihat sekumpulan kanak-kanak 
bermain di taman permainan,
rokok di tangan masing-masing,
kaki mereka di atas kerusi
dan duduk di atas palang penyandar.
Seperti dia orang lelaki dewasa 
yang masih tidak faham
bagaimana kerusi taman itu seharusnya digunakan.
Si Lelaki mendengar keluhan perasaan teman baiknya
tentang masalah perhubungan.
Ironi sekali fikir Si Lelaki,
bila dirinya dianggap kawan yang paling sesuai
untuk memberi nasihat tentang masalah pperhubungan.

"Seperti tragedi Troilus and Cressida sekali lagi,
versi moden.
Hidup itu sendiri seperti perang Trojan,
penuh helah, penipuan dan gila kuasa,
untuk dasar paling bodoh,"
teman baik Si Lelaki merepek.

"You need to much Shakespeare dude."
Si Lelaki menyampuk.

Thanks For Reading :)

Orang Hodoh Cantik | DuaPuluhEmpat

Si Dia meminta maaf dan minta diulangi lagi pertanyaan tadi
kerana fikiran melayang ke tempat dan waktu yang lain.
Lalu dengan sabar dan memahami,
rakan-rakan kelab bukunya,
kadang-kadang dirasakan seperti 
sebuah grup terapi untuk wanita-wanita sepi,
bertanya lagi.

"Apa pendapat awak,
tentang pilihan Rumi 
untuk kembali kepada Arjuna
walaupun setelah dia tahu
perasaan Juli padanya?" 
Tanya salah seorang daripada mereka,
ketua kelab yang suka novel cinta remaja.

Si Dia termenung,
terasa seperti ingin mati.
Novel di tangannya itu hanya separuh sahaja baru dibaca.
Si Dia berhenti separuh jalan
kemudian terus kepada sinopsis di kulit belakang.
Seperti yang selalu-selalu dilakukan oleh Si Dia,
pada setiap pilihan buku daripada majoriti ahli kelab.

Tiada baris ayat dan perenggan terlintas di fikiran,
ataupun bila masa watak bernama Arjuna itu muncul
dalam bab-bab terawal.

"Kenapa perlu persoalkan naluri lelaki,
walaupun mereka jarang menilai sesuatu
berdasarkan hati dan emosi.
Jika mereka pulang ke rumah berwajah lesu,
mereka akan menjawab,
semua okey di pejabat.
Bila telefon mereka berbunyi,
mereka tidak menjawab di hadapan kamu.
Bila didesak dan terperangkap,
mereka tidak pernah mengadu.
Bila ditanya kenapa tersenyum memandang kamu,
mereka tidak pernah beritahu.
Bila tiba-tiba dia sediakan sarapan kamu,
hanya khas untuk kamu,
kemudian enggan makan bersama,
kerana mahu sibuk membelek enjin kereta kesayangannya,
jangan soal apa maknanya.
Bila bersama di malam sebelumnya,
dan kamu terbangun berseorangan 
di atas katil bersama sekeping nota cinta,
jangan tanya mereka apa tujuannya.
Kerana semua soalan itu ibarat retorikal."

Semua ahli kelan senyap,
mereka pandang sesama sendiri.
Di wajah mereka terpancar sinar kekeliruan.

Those sorry,
sad, sad, sad, sad, sad, sad, sad, sad, sad, 
boring lot.

Si Dia mengeluh.


Thanks For Reading :)

Orang Hodoh Cantik | DuaPuluhTiga

Tiang lampu dan telefon silih berganti.
Sinar mentari menyilaukan mata.
Bumper to bumper.
Merah kuning merah kuning dan merah lagi,
hijau jarang sekali.
Suara-suara jelek berbau kopi.
Manusia-manusia angkuh bertali leher
yang setiap kali dalam bayangan,
mahu dipatahkan saja lehernya
dan mencerut tali kebanggaan itu lebih ketat lagi.

Tapi, Kekasih,
Di sini lah tempatnya hari-hari aku melarikan diri.

Thanks For Reading :)

Wednesday, May 8, 2013

Orang Hodoh Cantik | DuaPuluhDua

Si Lelaki tidak tahu,
ketika malam yang paling pekat,
bagaimana Si Dia terbangun di tengah malam,
lalu duduk termenung memerhatikannya tidur.
Tidur yang paling dalam,
tidur tanpa dihiasi mimpi,
hingga mungkin roh ikut tidur sekali.

Untuk Si Dia cuba memahami,
keletihan seorang lelaki yang penat menjaga hati,
yang penat makan hati,
yang penat memujuk dan merayu,
yang penat memberi dan melayani,
yang penat memahami dan mengagumi,
yang penat menyeksa diri,
yang penat menyayangi dan menyintai.

Si Dia akan periksa,
setiap kerutan di dahinya,
periksa kehijauan setiap urat saraf yang timbul
kerana segala tekanan itu,
periksa setiap parut bekas luka,
periksa kumis-kumis keresahan,
periksa kelesuan setiap hela nafasnya.
Si Dia akan tekapkan telinga pada belakang badannya,
mendengar setiap dekupan jantung,
merasa kehangatan tubuh 
yang terpaksa menanggung semua bebanan itu.

Kemudian Si Dia bandingkan,
dengan dirinya sendiri.


Thanks For Reading :)

SANG ENEMY x WORLDWIDE TRANSGRESSION TOUR 2013


Tarikh #HJNxLMB2013 dah keluar .
Tapi tuh larh . . 
Aku dok tengok tarikh dia nie
macam masa tak mengizinkan je .

Macam mana nie . . 
Hujung bulan nie aku nak pergi KL .
Aku tak tahu sempat ke tak
nak pergi vanue yang buat dekat Terengganu tuh .
Kalau aku beli tiket awal-awal
tak ke niaya kalau aku tak dapat pergi .

16hb pulak aku dah masuk belajar .
Tapi yang tuh tak jadi masalah .
Masalah sekarang 16hb tuh hari ahad .
Takkan aku nak ponteng kelas kowt .
SobSobSob . . 
Tak tahu nak pergi yang mana .
Dah larh vanue dekat kuantan dah dibatalkan .
Grrr . . 
Nak pergi #HJNxLMB2013 !!
Nak pergi #HJNxLMB2013 !!
Nak pergi #HJNxLMB2013 !!
Nak pergi !!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Thanks For Reading :)

Friday, May 3, 2013

Bola Manusia

Setiap orang perlukan kawan , teman , geng
dan orang-orang yang kita berhubung .
Tapi apa itu kawan ?
Geng warung kopi , kawan seperjuangan ,
atau kawan yang bersama kita semasa kita kecil
yang tiada prejudis , tiada perbezaan ,
tiada pertandingan dan tiada persaingan .

Sehingga suatu hari,
kita belajar untuk membuka mata
dan kita mula nampak
dunia bukan lagi sekadar hitam dan putih .

Takde hal ,
sekarang nie setakat nak buat kawan memang cepat ,
'kletak kletuk' je keyboard .
Boleh suka pada yang sama , 
tak suka pown tak apa ,
kenal tak kenal belakang dia .

Kita meneruskan perjalanan hidup
mencari kawan , teman dan rakan 
untuk mengisi kekosongan .

Tanpa menyedari
mereka telah pown berada di hadapan kita .
Hanya menunggu masa
untuk kita menemukan kembali .
Hanya menunggu keadaan
untuk menentukan arah persahabatan .

Kita memikul beban dan pengalaman pahit
yang kita ingin tinggalkan,
kisah silam yang kita ingin lupakan , 
berpegang pada harapan
untuk memulakan hidup baru .

Terikat , terkokong dan terkurung .
Kita mencari jalan
untuk melepaskan diri
dari kemelut lama yang kita ikut
ke mana sahaja kita pergi .

Kita tidak boleh lari
tetapi kita beranikan diri ,
tabah mencari ruang
untuk mencari kebebasan .

Akhirnya ruang membuat kita leka , lupa dan leka .
Memaksa kita berfikir
membebankan kita
membebaskan kita
melemas dan menelan kita semula .

Bila dunia kita lumpuh ,
kita belajar untuk bangun semula .
Kita makan , minum dan membuang masa seperti biasa ,
tanpa menyedari
semuanya telah berubah .


KAMI :)



Thanks For Reading :)

Thursday, May 2, 2013

Aku Rindu Raingers Yang Dulu

Siriyesly, aku memang rindu sesangat
dekat kengkawan Raingers yang dulu-dulu .
Tapi sekarang masa dah berubah ,
hidup pown mesti kena berubah kan .
Takkan ada lagi yang nak 
mengadap laptop 24jam tanpa henti .
Masing-masing sibuk dengan aktiviti masing-masing .
Cuma , adalah masa-masa tertentu 
dapat gether balik kat FB .
Tuh pown kalau ada yang sudi komen 
dengan komen yang membina ,
Sometimes ada jugak kebosanannya .
Ada yang post
tapi tak dilayan .
Ada yang post
tapi yang ada hanya like 2 or 3 orang . 
Ada yang post 
tapi ada yang hanya komen krikk krikk krikk .
Situasi sebegini amat menjengkelkan .
Hanyalah untuk memperli seseorang .
Nampak sangat kebosanan total , right ?

Yes, aku rindu .
Aku rindu nak buat kecoh dekat tempat orang .
Aku rindu nak bash orang yang anti-HUJAN .
Aku rindu nak jadi gila-gila macam dulu .
Pakai DP kaler Pink sama-sama .
Pergi dekat radio online .
Mintak lagu Hujan .
Sampai satu saat
buat orang menyampah dengan kita .
Sampai boleh buat bergaduh besar .
Memaki hamun orang .
Macam dah tak ada keja laen .
Sanggup tidur lewat semata-mata nak dengar lagu Hujan diputarkan .

Lagi satu , mana pengelike tegar 
yang suka meng'hang'kan lappy orang ?
Mana semua tuh pergi ?
Sekarang dah tak ceria dulu .
Ada yang bergaduh ,
and ada yang bermasam muka .

Lastly dari aku , aku nak mintak maaf
dekat orang yang aku rasa aku bersalah sangat .
Bukan aku nak ungkit cerita lama .
Just sebagai kenangan bersama raingers .
In Sha Allah , kalau diizinkan
aku akan pergi konsert HujanTour dekat KL nanti .

:)


Thanks For Reading :)

Wednesday, May 1, 2013

Orang Hodoh Cantik | DuaPuluhSatu

Si Lelaki, seperti yang dikenali olehnya,
is not a telephone person.

"Telephone is deceiving," kata Si Lelaki.

"Orang boleh kelihatan conceivable 
di sebalik talian,
making you beleive everything they said,
what they do,
what they feel at the moment.
It's a quick getaway,
a safe escape. 
It's how you get connected 
without really being 'connected'.
It's how you get intimate 
without being close,"
alasan Si Lelaki.

Alasan yang masuk akal
walaupun kedengaran pelik.
Si Dia memahami itu,
malah mengagumi pendirian Si Lelaki.

Kerana atas sebab pendirian itu,
Si Lelaki sanggup merantau ratusan batu
semata-mata untuk melihat sinar di mata
mereka berdua yang saling bertentangan,
saling bersentuhan,
apabila dia akhirnya 
mengucapkan ungkapan Magikal itu.

Oleh itu kini apabila tertera teks pesanan ringkas,
'sorry' daripada Si Lelaki di telefon bimbitnya
walaupun jaraknya haya terpisah 
oleh dinding dan pintu.

Si Dia tidak tahu
sama ada mahu berlembut hati
atau menjerit sekuat hati
dalam telekupan bantal
dan membaling telefon bimbitnya ke lantai.


Thanks For Reading :)

Tuesday, April 30, 2013

Orang Hodoh Cantik | DuaPuluh

Mereka tidak alim
tidaklah jahil juga,
untuk mengetahui Tuhan 
tidak pernah bergurau,
Dia hanya menduga.
Supaya hati tenang jiwa sabar
tidak menyalahkan takdir bila diuji
dengan terbangun lewat untuk ke tempat kerja.

Ataupun terkunci dan terkurung bersama
di antara pintu hadapan rumah dan pintu grill,
sedangkan malam tadih masih tidur berasingan
dan bermasam muka berpanjangan.

Kerana Tuhan tidak pernah bergurau,
Dia hanya menduga.
Biarpun mereka buat-buat tidak tahu
hikmah di sebaliknya.
Tidak juga menyalahkan takdir.
Sendiri padan muka.

Thanks For Reading :)

Orang Hodoh Cantik | SembilanBelas

"I don't know where to begin" sayangku,
are a big words.
It's a risky words.
Ia hanya ada dua makna.

Permulaan dan pengakhiran.

Tidak kira, how adventurous we are.
Uuntuk memulakan apa yang kita tidak pasti
di mana seharusnya kita bermula,
memerlukan segala kekuatan dan keberanian kita.

Untuk kita redah segalanya
tanpa petunjuk dan arah,
kerana selepas ini
tiada jalan untuk kembali berpatah.

"I don't know where to begin" sayangku,
are an honest statement.
It's a confession.
Untuk sebuah permulaan dan pengakhiran.

Tidak kira, how proud we are.
Untuk membuka jalan dan segala pekung di dada,
pada kebodohan dan kelemahan kita sendiri,
untuk tidak lagi hilang arah.

So we don't know where to begin.
Either we stop here,
or be further lost.

Tidak kira, how adventurous and pround we are.

Thanks For Reading :)

Orang Hodoh Cantik | LapanBelas

'Kita,' adalah selalunya bererti
aku mengagumi dunia dan sifatmu.
Jika engkau mahu itu.

Kerana segala yang kau sentuh,
menjadi sebahagian daripada dunia yang mengelilingimu.

Termasuk aku.

Terperangkap di dalamnya.

Dan sekarang aku harap kau mengerti
kenapa betapa ungkapan ini;

'Vice Versa'.

Means a world to me.



Thanks For Reading :)

Monday, April 29, 2013

Orang Hodoh Cantik | TujuhBelas

Muda, naif dan bodoh
sememangnya kombinasi yang comel.
Tulus lagi tidak tercemar.
Apabila saat penuh kejanggalan itu,
tersipu-sipu malu,
lantas hanya bila selamat di rumah,
rumah masing-masing,
baru sibuk berpesanan ringkas elektronik.

Trittt tit trittt tit!
'Did you left somethin? Tadi dalam kereta?'

Kring tong!
'Hmmm... don't think so'

Trittt tit trittt tit!
'Ok, just checkin'

Kring tong!
'Hmmm... maybe I did lost somethin...'

Tritt tit tritt tit!
'Owh really? Apa dia?'

Kring tong!
'Ya betul, I think you stolen it'

Tritt tit tritt tit!
'Eh, Apa dia?'

Kring tong!
'My heart :))'

Oh sepertinya sangat sweet.
Alangkah indahnya jika
kita boleh kembali ke waktu itu,
dan masing-masing 
bagi panampar barang sedas dua
pada diri kita sendiri.

Teach a things or two tentang bercinta.

Kan, Sayang?


Thanks For Reading :)

Orang Hodoh Cantik | EnamBelas

Sama ada memasak dengan penuh orgy
seperti mahu mengenyangkan 
seisi rumah berkapasiti 17 orang,
atau tiba-tiba menjadi manusia yang taksub kebersihan
mahu menggila permukaan terazo
hingga ke mozek
sampai boleh dihidangkan makanan di atasnya,
atau makan aiskrim untuk sarapan
dalam kemeja kerja dan 
seluar dalam bukan miliknya.

Sangat percaya ia perlakuan luar sedar.

Sangat percaya.

Kerana manusia mudah leka,
untuk melupakan apa yang tiada di depan mata.
Melupakan hati yang membara.

Gila sangat percaya.


Thanks For Reading :)

Orang Hodoh Cantik | LimaBelas

Bertahun bercinta dan berumahtangga,
Si Lelaki fikir 
dia lebih mengenali
hati budi teman hidupnya.
Apabila keadaan timbul,
bila dia mula meragui dan tidak memahami
mengapa semua perasaan
dan perkara yang sedang berlaku ini terjadi,
dia mula bertanya pada diri sendiri,
siapakah perempuan yang berjaya
mencuri hatinya ini?

Perasaan dan pertanyaan yang paling dia benci.
Hinggakan habis kerja
dia keberatan untuk terus pulang ke rumah.
Kerana takut kembali ke tempat
dan menatap wajah
yang sudah menjadi unfamiliar to him.
Kecuali sofa dan televisyen besar itu.
That's another universe altogether.

Sedang asyik menukar-nukar siaran di kaca TV,
tiba-tiba Si Dia berdiri
betul-betul di antara dirinya dan TV
sambil menyilangkan tangan.

"Just want you to know
saya bukan masak untuk wak.
Awak tahu, kan?
Saya akan masak banyak
untuk hilangkan stress.
It's a therapy.
Tapi makanan yang banyak tu 
kalau tak makan membazir.
So you better be hungry atau
nanti saya akan mengamuk."

Kemudian Si Dia beredar ke bilik begitu sahaja.

"Errr... okey," Si Lelaki kebingungan.
Tapi dalam hatinya dia tersenyum.

Sememangnya kadang-kadang
dia tidak memahami
perlakuan perempuan ini.
Tapi akhirnya dia mengerti
mengapa dia jatuh hati.

Kerana surprise are either cunning or fascinating.
Yang pasti it never gets boring.
:)


Thanks For Reading :)

Orang Hodoh Cantik | EmpatBelas

Dan selepas itu satu perjanjian
yang dinamakan 'silent tolerance'. 
Keadaan istimewa apabila
 waktu-waktu tegang memerlukan kerjasama
untuk menjayakan sesuatu misi.

Seperti hari ini,
kereta Si Dia roasak,
dan sudah terlalu lambat
untuk ke kelas Pilates.
Mendapatkan khidmat teksi ketika itu
adalah mustahil dan mengundang risiko.
Si Lelaki pula dalam persiapan untuk perjalanan 
membentangkan proposal kepada pelanggan
yang kebetulan jalannya melalui pusat Pilates.

Di sini wujud situasi
yang disifatkan memerlukan 
pendekatan penyelesaian terbaik
seperti 'silent tolerance'.
Jadi Si Lelaki menumpangkan Si Dia.
Syaratnya, mereka tidak boleh
berbicara dan berkomunikasi melainkan perlu
memandangkan masih dalam tempoh
tegang dan konflik.

Hanya boleh berwajah sugul 
dan mengabaikan kewujudan satu sama lain.
Si Dia pandang keluar tingkap.
Si Lelaki tumpu pada pemanduan.
Kesenyapan total.

Tiba di satu persimpangan
yang berlampu isyarat.
Di lintasan zebra,
kelihatan satu pasangan
bersama anak-anak kecil mereka.
Si Ibu menolak troli bayi,
Si Bapa mendukung seorang lagi
sambil memujuknya jangan menangis.
Mereka bertiga memakai T-shirt yang sama
bercetak wajah Obama.

"How adorable..." terpancul dari mulut Si Dia.

"Yeah, maybe we should try Che Guevara,
sebab no way anak lelaki kita nanti
pakai baju Babyphat," Si Lelaki menyambung.

"................"

"Eh?"

"Eh?"

Tiba-tiba wajah sugul
betukar merah padam,
kemudian berpura-pura mengabaikan
kewujudan satu sama lain.
Si Dia pandang ke luar tingkap.
Si Lelaki tumpu pada pemanduan.
Kesenyapan total.
Silent tolerance. 


Thanks For Reading :)

Sunday, April 28, 2013

Orang Hodoh Cantik | TigaBelas

Suatu hari,
dengan begitu sahaja,
mereka bercadang untuk tidak bersedih lagi.
Lalu mereka bangun seawal pagi,
gosok gigi dan pakai baju kegemaran.

Melangkah keluar pintu,
mereka dongak ke langit
dan memuji langit yang biru.
Hari yang baik 
untuk berjalan dan membuat hal kesukaan.

Mereka juma kawan-kawan,
berbelanja sakan,
mencuba makanan,
melihat pameran,
bersiar di taman,
menonton filem terbaru
dan tidak sedar  masa berlalu.

Malamnya mereka bersukan,
atau bergosip dengan rakan hingga lewat malam
dan pulang kepenatan dengan wajah
dihias senyuman dan kepuasan.

Untuk sebuah hari yang sempurna,
ditemani kenalan atau berseorangan.

Tanpa Dia dan Dia di sisi,
walaupun untuk sehari.


Thanks For Reading :)

Orang Hodoh Cantik | DuaBelas

Suatu ketika dahulu.
"Let's hold hand."
'Kenapa?" Aku tanya.
"Untuk transmit positive energy."
"Owh."

Aku hulurkan kedua tanganku,
kau sambut sambil menyuruhku pejamkan mata.

"Awak tahu how dying people,
gain so much comfort and peace
just by holding their hand.
Dan how babies akan berhenti menangis,
if you let them hold the tip of your finger."

"Owh," aku angguk.

Kau si gadis hippie,
dengan yogamu,
dengan meditasimu,
dengan lilin beraromamu,
dengan kepercayaan-kepercayaan kamu.

Aku tak pernah peduli semua itu.

I just like holding your hands.

Kini kau tarik tanganmu dari genggaman aku
sambil berpaling muka.
Dan hati kita semakin parah,
and start dying slowly. 


Thanks For Reading :)

Orang Hodoh Cantik | Sebelas

Bila terjaga dari mimpi,
apabila terpaksa bermalam
di atas sofa di ruang tamu.
Hanya ada tiga perkara;

Pertama, sudah ada selimut
yang meliputi diri dari hujung kaki hingga ke dada.
Kedua, sudah tersedia
sandwich kegemaran di atas meja
dan yang ketiga atau yang paling ditakuti sekali,
hanya sekeping sampul berisi surat di atas meja
dan sebentuk cincin di atasnya.

Perkara yang membezakan antara
kelembutan hati, perasaan simpati ataupun tiada peluang lagi,
peluang yang tak akan kembali.

Thanks For Reading :)

Orang Hodoh Cantik | Sepuluh

Mereka masih ingat
ketika ulang tahun yang pertama
dahulu, dahulu... dulu.

Adalah yang paling tidak sempurna, 
tetapi yang paling manis dan diingati.
Di restoran makanan segera,
ayam goreng makanan pantas 
dan air berkabonat dalam gelas kertas.
Mata-mata musykil memerhati dan
mereka berdua bahagia tak ingat dunia.

Hanya dalam pijama mereka.


Thanks For Reading :)

Thursday, April 25, 2013

Orang Hodoh Cantik | Sembilan

Adakalanya bila ia berlanjutan
berpanjangan hingga tidak tertanggung lagi
segala rasa di dada,
air matamu terburai juga
akhirnya meratap hiba.
Aku tak tahu berapa lama lagi
bantal yang menekap wajahmu
mampu menyerap segala tangisan itu.

Bila pintu bilik kau tutup rapat
menghalang aku daripada 
menghulurkan lengan baju dan bahuku,
untuk menyerap segala dukamu,
sebelum bantal habis kuyup
menanggung semua luka di hati.

Aku tinggalkan kamu sementara waktu,
selamanya yang kau perlu,
bersendirian di dalam kamar
dunia pasrah itu.

Seperti membuang waktu.

Berdiri di tepi jalan,
rokok di tangan kemudian rokok di mulut.
Rokok di tangan, rokok di mulut,
rokok di tangan, rokok di tangan,
rokok di mulut, rokok di tangan,
rokok di mulut, rokok di tangan
seperti orang tiada haluan.

Ditemani pemuzik jalanan,
seorang yang tidak dikenali dengan gitar akustiknya
yang aku sanggup ajak minum kopi.
Dan membayarnya 
berpuluh-puluh wang cenderahati.

Untuk mainkan dengan indahnya,
lagu kita berulang-ulang kali.

Berulang kali.
Berulang kali.

Thanks For Reading :)

Orang Hodoh Cantik | Lapan

Mereka sangat benci,
keadaan apabila sepatutnya dipenuhi dengan
kemarahan, kecewa, sakit hati dan tunjuk perasaan.
Keadaan apabila isi dapur atau
bantal serta kusyen semua sepatutnya berterbangan.

Dirosakkan dengan perkara yang sangat kecil dan remeh,
yang menimbulkan perasaan janggal dan kekok.
Yang 'potong' gila babi.

Perkara yang menyebabkan ego
sebesar Venus dan sekeras Marikh
mampu tercabar.

Perkara seperti :
"Eh, itu kan boxer saya awak pakai?"
"Eh, eh?!"
"Arghhh!"



Thanks For Reading :)

Orang Hodoh Cantik | Tujuh

Lobak dan saderi - baik untuk kulit dan hati.

Epal dan ubi parsnip - untuk jantung dan serapan 
zat besi.

Timun dan strawberi kaya vitamin C - untuk wanita
yang dicintai demi menjaga kesihatan diri.

Antioksidan untuk Si Lelaki - kobis dan bijirin dan
serat dan semuanya sekali.

Sebelum larian pagi, di kaunter dapur,
masing-masing dengan mesin pengisar dan
gelas tinggi besar mereka sendiri.

Cuma yang tinggal satu dalam raga,
sebiji tomato yang enggan dikongsi.

Kerana tidak bileh separuh atau tidak disertakan sekali,
kerana demi melengkapkan resepi.

Jadi hanya siapa yang pantas dan tangkas tangannya,
licik lariannya, yang selayaknya
memiliki tomato yang tinggal sebiji.
Dan seorang lagi hanya mampu mengejar sambil menjerit,
"tak guna pencuri! Pergi lah beli sendiri!"

Lambang perkongsian hidup sejati lagi hakiki 
suami isteri.



Thanks For Reading :)

Tuesday, April 23, 2013

Orang Hodoh Cantik | Enam

Tidak selesa dengan keadaan yang dingin membisu 
seperti ada ketegangan yang sukar dilafazkan,
Si lelaki bersuara, "let's play a game.
Awak nampak lelaki yang pakai baju Polo biru
at the table on the right there? I bet.."

"Oh awak, it's getting lame and we're too old for that
now, just habiskan makanan awak dan
jangan cuba tukar topik," Si Dia menyampuk.

Si Lelaki hanya memandang tepat pada Si Dia
yang mengelamun entah ke mana
dengan tangan kirinya menahan dagu,
tangan kanan memegang sudu
menguis-nguis cebisan salmon yang semakin sejuk.
Si Lelaki tidak menjawab.
Anehnya dia juga seolah bersetuju
dan merasa seperti orang bodoh.

Kenapa semuanya sekarang seperti 
bodoh, bosan dan tidak seronok lagi ?

"Well yeah, happy anniversary," ucap Si Lelaki.



Thanks For Reading :)

Friday, April 19, 2013

Pandai VS Bodoh

Kasar kan tajuk post aku hari nie . .
Well , memang aku nak rasa kasar sikit .
Biar ada orang kat luar sana terasa sampai menusuk kalbu . .

Actually , aku dah mula rasa meluat dah dengar 
pujian demi pujian dari orang . .
Lebih-lebih lagi bila makcik-makcik
bila diorang kumpul sesama diorang
mula lah dok cerita kehebatan anak diorang . .
Ayat yang aku paling meluat
"Anak semua pandai-pandai , takpe larh . "
Si mak pulak senyum sampai ke telinga .
Konon bangga lah tuh .
Padahal diorang tak tahu
yang anak diorang paling menyampah bila dipuji macam tuh .

Bila kat rumah pulak ,
Kesian anak-anak diorang
Terikat dengan jadual-jadual yang dah diatur makbapak diorang .
Macam takde life langsung .
Hanya disuruh belajar , belajar , dan belajar .
Macam robot dah si anak tuh .
Kat sekolah dah kena lecture dengan cikgu .
Balik rumah pulak kena mengadap buku .
Kena paksa pulak tuh .
Nak tengok TV memang sah-sah lah tak boleh .

Zaman globalisasi nie , mane ada orang pandang semua tuh .
Yang orang pandang hanya praktikal kita .
Zaman sekarang dah takde dah perkataan
" Kadang-kadang je orang bodoh boleh berjaya "
Sekarang , dah ramai larh orang bodoh boleh berjaya .
Orang bodoh nie sebenarnya tak bodoh pon .
Cuma diorang tak suka belajar .
Bila dia ada minat something , 
dia akan bagi perhatian kat menda tuh saja
sampai dia berjaya buat "something'' tuh .

Dan ada jugak orang yang pandai nie sebenarnya bodoh .
Bodoh bila gagal mencapai sesuatu target
seseorang itu akan membunuh dirinya sendiri .
Come on larh . . 
Jangan anggap sesuatu kegagalan itu satu kehancuran .
Maybe keadaan nie terjadi bila terpengaruh dengan keadaan sekeliling .
Kita tak boleh salahkan orang yang bunuh diri tuh.
Tengok larh makbapak diorang jugak .
Yang selalu mendesak anak-anak diorang supaya berjaya .
Dan amalan-amalan orang sekeliling yang suka 
membanding-bandingkan orang pandai dengan orang bodoh.
Adat larh kan . .

Bagi aku manusia nie sama rata je
Yang membezakan hanya lah 
tahap kerajinan dan kemalasan diorang .
Bodoh dan pandai sebenarnya takde dalam kamus hidup manusia .
Cuma manusia je reka perkataan tuh
supaya dapat membeza-bezakan orang .





NOTA KAKI :
" lebih baik kita menjadi BODOH dikalangan orang pandai dari menjadi PANDAI dikalangan orang yang BODOH"....





Thanks For Reading :)

Wednesday, March 27, 2013

Penangan Facebook

Hye korang . . 
Assalamualaikum . .

Perghhh . . Dah lama gila aku dah tak menghapdet blog nie kan .
First, aku memang bz . 
Bz dengan assigment, quiz, test n segala event yang aku kena buat . .
Semua tuh annoying gila . 
Selain tuh aku bz dengan member-2 aku .
Pantang ada masa free sikit .
Mula larh ajak aku jadi kutu rayau .
Lagi satu mesti larh bz dengan ehem-2 kan . .
Selalu bertekak ngan dia .
Orang cakap gaduh-2 manja . . 
Eeeeewwww . . tergedik pulak rasanya .
 Second plak abang kesayangan  aku tuh dah amek buku yang aku curi dari dia
so, aku tak tahu nak cerita pasal apa lagi .
so, cerita Orang Hodoh Cantik tuh terpaksa di hold dulu .
ermm, ketiga memang aku malas sangat nak hapdet blog nie .
sebab aku takde benda nak marah.
dan tak boleh nak lontarka kemarahan aku kat sini.
maybe hati aku dah suci kowt dari segala amarah aku..
kahkahkahkahkahkah . . suci larh sangat kannnn . .

Oke, panjang berjela dah aku dok cerita.
Sekarang aku nak cerita pasal FB pulak .
Kuat betul penangan FB kan . .
Sampai cerita yg tak boleh masuk akal pown ada yang percaya .
Oke, FULLSTOP . Aku tak nak cerita pasal orang lain .
Aku nak cerita pasal aku .
Adalah one day nie kan , aku on the phone larh dengan pakwe aku.
Masa tuh dia tengah ada problem .
So, terpaksa larh aku buang kedekut aku nie demi dia . 
Time aku tgh cakap, cakap n cakap dengan dia nie
then timbul larh 1 idea buruk lagu jahat nie .
Aku tak jahat . Pakwe aku tuh yg jahat .
Kitorang rancang kitorang akan letak status single kat FB masing-2 .
Maka keesokan harinya tuh kitorang pown sama-2 larh buat niat yang jahat tuh.
Perghhh . . Memang ramai yg komen dekat dia pnya status tuh .
Aku tak ingat dyorang dok merapu ape .
Tapi aku sampai tergelak guling-2 jugak larh baca komen-2 dyorang ..
N yang penting kat status aku xde sorang pown yang komen .
Sedih jugak . . Nak buat macam mane kita tak sehot dia.
Nak dijadikan cerita, lelama aku online tuh ade larh sorang member aku nie
hantar chat dkat aku . .
bukan main jiwang lagi ayat dia .
memang masa tuh hati aku dah dup dap dup dap dah
berdeborr . . takut wokk . .
bukan berdebor cairr . . 
sebab bab-2 hati dan perasaan nie memang aku takut nak menipu .
well, aku kan jujor .. . jujor larh sangat .
then, masa tuh aku pown berdrama larh ngan dia tuh .
aku buat-2 tak paham .
aku tahu perasaan dia. tp nak buat cam mana kan . . 
ini semua idea jahat orang tuh . . 

Ermmm, oke larh . . Dah berbakul dah ketupat siap.
letih jugak buat ketupat nie . . 
aku stop dulu larh ye .
laen kali sambung buat ketupat lagi . daaaaa . . .

Thanks For Reading :)

 
Blog Peribadi Milik Hajar Mazalan