Ini Blog Gua ! HajarMazalan: Orang Hodoh Cantik | DuaPuluhDua

Wednesday, May 8, 2013

Orang Hodoh Cantik | DuaPuluhDua

Si Lelaki tidak tahu,
ketika malam yang paling pekat,
bagaimana Si Dia terbangun di tengah malam,
lalu duduk termenung memerhatikannya tidur.
Tidur yang paling dalam,
tidur tanpa dihiasi mimpi,
hingga mungkin roh ikut tidur sekali.

Untuk Si Dia cuba memahami,
keletihan seorang lelaki yang penat menjaga hati,
yang penat makan hati,
yang penat memujuk dan merayu,
yang penat memberi dan melayani,
yang penat memahami dan mengagumi,
yang penat menyeksa diri,
yang penat menyayangi dan menyintai.

Si Dia akan periksa,
setiap kerutan di dahinya,
periksa kehijauan setiap urat saraf yang timbul
kerana segala tekanan itu,
periksa setiap parut bekas luka,
periksa kumis-kumis keresahan,
periksa kelesuan setiap hela nafasnya.
Si Dia akan tekapkan telinga pada belakang badannya,
mendengar setiap dekupan jantung,
merasa kehangatan tubuh 
yang terpaksa menanggung semua bebanan itu.

Kemudian Si Dia bandingkan,
dengan dirinya sendiri.


Thanks For Reading :)

0 comments :

 
Blog Peribadi Milik Hajar Mazalan