Mereka jarang serasi,
setiap masa sepertinya harus ada perbincangan.
Menegakkan pendirian sendiri.
Namun dalam diam,
hati mereka tidak dapat menahan,
daripada merasa kagum dengan pendapat yang lain.
Jadi mereka sentiasa cari jalan untuk bertengkar,
sepertinya ia sesuatu perkara yang paling menarik
dalam hubungan mereka itu mungkin.
Hingga apabila ia berlanjutan,
mereka sendiri lupa pergaduhan itu atas sebab apa.
Walaupun sebenarnya,
there isn't even any reason,
any reason at all to start a fight in the first place.
Kerana pada dasarnya mereka gilakan antara satu sama lain.
For each and every fight ends,
with them were all over each other.
For every make-up,
is an addiction.
Ia merupakan sesuatu yang gila.
Ia sesuatu yang tidak seimbang.
Bila sesuatu pertengkaran menjadi luar kawalan,
it gets ugly dan melukakan.
Jadi mereka bercadang
untuk membuat satu jaminan.
Jaminan dalam perhubungan yang berkekalan
kerana cinta belum cukup untuk sebuah perkahwinan,
dan perkahwinan belum cukup untuk sebuah cinta.
Mereka mungkin akan terus bertengkar,
berlainan pendapat.
Dan setiap penyelesaian bukan selalunya indah.
Lalu mereka harus belajar
bagaimana untuk mengharunginya setiap kali,
bagaimana untuk menerima kepincangan hubungan mereka sendiri.
Kerana apa yang paling bermakna,
pada setiap perselisihan,
pada setiap moment 'eh,eh' itu,
pada setiap mogok dan tunjuk perasaan,
di penghujung hari,
everything else doesn't matter
and they be all over each other again.
Madly
in
love.
0 comments :
Post a Comment