Ini Blog Gua ! HajarMazalan: Orang Hodoh Cantik | DuaPuluhEnam

Thursday, May 9, 2013

Orang Hodoh Cantik | DuaPuluhEnam

Tangan-tangan yang masih kecil,
ditekap pada cermin.
Di luarnya ialah pemandangan 
sebuah dunia magikal
yang dipenuhi pohon-pohon tinggi sepanjang jalan,
dan di celah-celah himpunan dahan dan daun pohon itu
ada cahaya yang datang dari sebuah istana 
yang dibina dari kaca dan aiskrim vanila (?),
dan set lego (?),
dan Play-Doh (?).
Di dalam istana itu ada naga,
ada kesatria,
ada Voltron (?),
ada Thundercats (?),
serta koboi (?)
hidup bersama-sama.

Suaa ayahnya akan memberitahu mereka
akan menuju ke sebuah tempat rahsia,
tempat di mana semua hero dan kesatria itu berada,
tempat rahsia di sebalik pohon-pohon tinggi di sepanjang jalan.

Kemudian suara ibu menyampuk.
"Oh stop corrupting his mind.
Sayang, kita akan ke pantai."

Lagu-lagu Stone Roses akan mengiringi perjalanan mereka,
bersama pohon-pohon tinggi,
istana magikal,
pantai memutih,
memori indah bersama ibu dan ayahnya.
Di dalam kereta yang usia lebih tua darinya,
yang telah bersamanya seumur hidup Si Lelaki.

Ayah tentu berbangga
kerana legasi itu hampir berjaya disambung.
Biarpun lagu-lagu zamannya telah ditukar ganti
kepada irama The Postal Service dan Death Cab For Cutie.
Kereta tua yang banyak berjasa,
masih menjadi sebahagian memori indah anaknya,
Si Lelaki.

Bila Si Dia menurunkan cermin tingkap seluasnya,
kedua tangannya akan disilangkan pada bibir tingkap,
menahan dagunya,
menghirup udara petang,
melihat barisan pohon-pohon yang tinggi
yang sama sepanjang jalan.
Membiarkan rambutnya yang panjang mengurai
bebas ditiup angin.

Menuju ke pantai,
yang kini Si Lelaki dan Si Dia panggilnya,
'ke arah matahari dan lautan bertemu'.
Kerana belum ada generasi ketiga
yang boleh dianak-anakkan fikirannya.

Atau jika diberi kesempatan
untuk ditakdirkan wujud membuka mata melihat dunia,
melihat apa yang dilihat mereka berdua.



Thanks For Reading :)

0 comments :

 
Blog Peribadi Milik Hajar Mazalan