Ini Blog Gua ! HajarMazalan: Orang Hodoh Cantik | DuaPuluhSembilan

Tuesday, May 21, 2013

Orang Hodoh Cantik | DuaPuluhSembilan

Ada apa dengan lelaki?
Fikir Si Dia.
Bila bersama kawan-kawan,
mereka rasa hebat dan selamat.
Selamat untuk berkelakuan seperti kanak-kanak,
memperbodohkan diri sendiri.
Ritual pramatang mereka untuk diterima,
untuk pengesahan sebagai ahli di dalam kelab lelaki bodoh mereka.
Walaupun mereka tahu
mereka tidak akan dapat memikat hati perempuan
hingga akhir zaman sekalipun dengan cara begitu.
Tetapi mereka teruskan juga,
demi keseronakan itu,
demi prinsip mereka sebagai lelaki,
prinsip yang menyatakan setiap lelaki 
berhak untuk berkelakuan seperti kanak-kanak
memperbodohkan diri sendiri.
Berhak untuk berseronok.

Oh dan kami perempuan,
kata Si Dia,
kami juga tahu berseronok.
Namun dengan cara yang lebih bermaruah.
Harga diri kami terlalu tinggi untuk bersikap tidak matang.
Kawan bukan hanya untuk waktu gembira dan berseronak.
Kami tidak alu berkongsi tangis,
berpelukan dan mendengar luahan hati masing-masing.
Bila segalanya hilang,
kami hanya ada masig-masing.

Cuma akan ada seorang lelaki,
seorang sahaja dalam kalangan mereka.
Dan dia telah menarik perhatian Si Dia.
Berjaya menyentuh hatinya.
Kerana hanya bila lelaki itu 
mahu bersendirian tanpa gelak ketawa kawan-kawannya,
tiba-tiba sahaja Si Dia mampu melihat segala keistimewaannya.
Kemudian semuanya bertukar indah kepada Si Dia.

Ini lelaki yang mengagumkan Si Dia
dengan tutur katanya yang penuh makna dan dalam,
di sebalik penampilannya yang kebudak-budakkan.
Ini lelaki yang tidak kisah berkawan
dengan manusia-manusia yang tidak ungkin memahami dirinya.
Ini lelaki yang membuat perkara yang sia-sia,
memotong rumput dalam kostum arnab warna merah jambu.
Ini lelaki yang pulang ke rumah
dalam pakaian angkasawan ke angkasa lepas,
den menyapa,
"hey honey I'm home"
seperti itu perkara yang paling normal sekali di dunia.
Ini lelaki yang walau apa sekalipun,
menunggu di sebalik pintu kamar,
melupakan pengembaraan paling hebat dunia 
yang belum diteroka keseronokan kehidupan
yang lebih mencabar
di sebalik rumah dan tangga yang dibina.

Jadi ada apa dengan lelaki?
Fikir Si Dia.

"Err... Ini bukan soalan retorik lagi?"
Tanya salah seorang daripada The Sisterhood.

"No honey,
kadang-kadang hati juga mahu jawapan dan tujuan,
sudah penat ditinggalkan separuh jalan."
Kata Si Dia.

Hmmm... jika semua lelaki menubuhkan
kelab goofy dan jerks mereka sendiri.
Jika semua lelaki bersiap sedia
untuk sebuah pengambaraan mengelilingi dunia.
Soon we will be left with no more good guys.

Jadi kita adalah jawapan kepada 
semua soalan retorik kita sendiri.
Sebab dan tujuan untuk hari.

Hati mereka, hati lelaki.
Sebab dan tujuan untuk mereka
pulang ke rumah selepas setiap pengembaraan,
sebab dan tujuan untuk mereka menjadi matang.
Sebab dan tujuan untuk kekal dan setia.



Thanks For Reading :)

0 comments :

 
Blog Peribadi Milik Hajar Mazalan