Ini Blog Gua ! HajarMazalan: Orang Caintik Hodoh | DuaPuluhLapan

Monday, May 20, 2013

Orang Caintik Hodoh | DuaPuluhLapan

Ada apa dengan perempuan?
Fikir Si Lelaki.
Bila mereka bersama dalam satu kumpulan,
itu merupakan pemandangan yang paling menakutkan.
Entah apa saja lah yang dirancang oleh mereka,
komplot untuk menakluki dunia.

Mereka akan berbisik,
berkongsi rahsia-rahsia,
kisah-kisah sulit,
gosip paling eksklusif,
dengan bahasa-bahas isyarat mereka yang sukar difahami.
Kemudian rangkaian-rangkaian mereka
akan sentiasa berkembang,
di bawah pertubuhan mereka
yang dinamakan 'sisterhood'.

Oh dan kami lelaki,
kata Si Lelaki
kami tidak pernah berbangga dengan
istilah 'brotherhood' itu,
kecualilah jika kamu seorang gay.
Kami cumalah sekumpulan sahabat.
Harmless.
Lebih senang dengan panggilan 'The Boys'.
Bila bicara lebih selesa 
dengan menyatakan nama diri sendiri
dan diikuti dengan 'the boys'.
Me and 'the boys'.

Kemudian orang yang seterusnya juga,
me and 'the boys'.
Di sini menggambarkan betapa 
kami mengangkat individualiti dalam kumpulan sahabat kami.
Tiada masa mahu merancang konspirasi
untuk menakluk dunia.
Kami hanya berbicara tentang sukan,
kereta juga errr... perempuan.

Cuma akan datang seorang perempuan,
seorang sahaja dalam kalangan mereka.
Dan dia telah menawan hati Si Lelaki.
Berjaya menakluki dunianya.
Kerana hanya bila perempuan itu terpisah dari kumpulannya,
tiba-tiba saja Si Lelaki akhirnya mampu melihat 
segala keistimewaannya.
Kemudian semuanya bertukar indah pada Si Lelaki.

Ini perempuan yang mempersonakan Si Lelaki
dengan tariannya ketika membersihkan karpet
dengan mesin penyedut hampagas,
ketika Si Dia merasakan tiada manusia lain memerhati.
Ini perempuan yang akan membersihkan dan memasak segalanya
untuk melepaskan segala rasa sakit di hati.
Ini perempuan yang mahu menggenggam
tangan orang yang tidak dikenali ketika ajalnya.
Ini perempuan yang sudi makan malam bersamanya,
dalam keadaan paling tidak diner aux chandelless.
Ini perempuan yang ikut menyanyi lagu kegemaran Si Lelaki
dalam kereta tidak berpenyaman udara,
menuju ke arah matahari dan lautan bertemu.
Ini perempuan yang menguji kesetiaan lelaki,
lelaki yng mahu dimilikinya.

Jadi ada apa dengan perempuan?
Fikir Si Lelaki.

"Perempuan ini maksud kau?"
Tanya salah seorang daripada The Boys.

"Err ... ya dia, dan semua perempuan lain,"
kata Si Lelaki.

Bodoh.
Yang lain itu,
walaupun bergabung dengan kami semua sekalipun,
tidak akan mampu menakluki dunia
dan menawan hati kau.
Hanya mampu tendang perut kau sahaja
atas kebodohan kau ini.

Kecuali Si Dia seorang.
Just by her presence,
kau akan tewas.
Tewas dan bebas,
dimerdekakan akan kami.
Faham tak?

Dimerdekakan daripada kami.
Daripada semua.

Sehingga datang penakluk yang lebih agung.



Thanks For Reading :)

0 comments :

 
Blog Peribadi Milik Hajar Mazalan