Ini Blog Gua ! HajarMazalan: Orang Hodoh Cantik | EmpatBelas

Monday, April 29, 2013

Orang Hodoh Cantik | EmpatBelas

Dan selepas itu satu perjanjian
yang dinamakan 'silent tolerance'. 
Keadaan istimewa apabila
 waktu-waktu tegang memerlukan kerjasama
untuk menjayakan sesuatu misi.

Seperti hari ini,
kereta Si Dia roasak,
dan sudah terlalu lambat
untuk ke kelas Pilates.
Mendapatkan khidmat teksi ketika itu
adalah mustahil dan mengundang risiko.
Si Lelaki pula dalam persiapan untuk perjalanan 
membentangkan proposal kepada pelanggan
yang kebetulan jalannya melalui pusat Pilates.

Di sini wujud situasi
yang disifatkan memerlukan 
pendekatan penyelesaian terbaik
seperti 'silent tolerance'.
Jadi Si Lelaki menumpangkan Si Dia.
Syaratnya, mereka tidak boleh
berbicara dan berkomunikasi melainkan perlu
memandangkan masih dalam tempoh
tegang dan konflik.

Hanya boleh berwajah sugul 
dan mengabaikan kewujudan satu sama lain.
Si Dia pandang keluar tingkap.
Si Lelaki tumpu pada pemanduan.
Kesenyapan total.

Tiba di satu persimpangan
yang berlampu isyarat.
Di lintasan zebra,
kelihatan satu pasangan
bersama anak-anak kecil mereka.
Si Ibu menolak troli bayi,
Si Bapa mendukung seorang lagi
sambil memujuknya jangan menangis.
Mereka bertiga memakai T-shirt yang sama
bercetak wajah Obama.

"How adorable..." terpancul dari mulut Si Dia.

"Yeah, maybe we should try Che Guevara,
sebab no way anak lelaki kita nanti
pakai baju Babyphat," Si Lelaki menyambung.

"................"

"Eh?"

"Eh?"

Tiba-tiba wajah sugul
betukar merah padam,
kemudian berpura-pura mengabaikan
kewujudan satu sama lain.
Si Dia pandang ke luar tingkap.
Si Lelaki tumpu pada pemanduan.
Kesenyapan total.
Silent tolerance. 


Thanks For Reading :)

0 comments :

 
Blog Peribadi Milik Hajar Mazalan