Ini Blog Gua ! HajarMazalan: Orang Hodoh Cantik | LimaBelas

Monday, April 29, 2013

Orang Hodoh Cantik | LimaBelas

Bertahun bercinta dan berumahtangga,
Si Lelaki fikir 
dia lebih mengenali
hati budi teman hidupnya.
Apabila keadaan timbul,
bila dia mula meragui dan tidak memahami
mengapa semua perasaan
dan perkara yang sedang berlaku ini terjadi,
dia mula bertanya pada diri sendiri,
siapakah perempuan yang berjaya
mencuri hatinya ini?

Perasaan dan pertanyaan yang paling dia benci.
Hinggakan habis kerja
dia keberatan untuk terus pulang ke rumah.
Kerana takut kembali ke tempat
dan menatap wajah
yang sudah menjadi unfamiliar to him.
Kecuali sofa dan televisyen besar itu.
That's another universe altogether.

Sedang asyik menukar-nukar siaran di kaca TV,
tiba-tiba Si Dia berdiri
betul-betul di antara dirinya dan TV
sambil menyilangkan tangan.

"Just want you to know
saya bukan masak untuk wak.
Awak tahu, kan?
Saya akan masak banyak
untuk hilangkan stress.
It's a therapy.
Tapi makanan yang banyak tu 
kalau tak makan membazir.
So you better be hungry atau
nanti saya akan mengamuk."

Kemudian Si Dia beredar ke bilik begitu sahaja.

"Errr... okey," Si Lelaki kebingungan.
Tapi dalam hatinya dia tersenyum.

Sememangnya kadang-kadang
dia tidak memahami
perlakuan perempuan ini.
Tapi akhirnya dia mengerti
mengapa dia jatuh hati.

Kerana surprise are either cunning or fascinating.
Yang pasti it never gets boring.
:)


Thanks For Reading :)

0 comments :

 
Blog Peribadi Milik Hajar Mazalan