Lobak dan saderi - baik untuk kulit dan hati.
Epal dan ubi parsnip - untuk jantung dan serapan
zat besi.
Timun dan strawberi kaya vitamin C - untuk wanita
yang dicintai demi menjaga kesihatan diri.
Antioksidan untuk Si Lelaki - kobis dan bijirin dan
serat dan semuanya sekali.
Sebelum larian pagi, di kaunter dapur,
masing-masing dengan mesin pengisar dan
gelas tinggi besar mereka sendiri.
Cuma yang tinggal satu dalam raga,
sebiji tomato yang enggan dikongsi.
Kerana tidak bileh separuh atau tidak disertakan sekali,
kerana demi melengkapkan resepi.
Jadi hanya siapa yang pantas dan tangkas tangannya,
licik lariannya, yang selayaknya
memiliki tomato yang tinggal sebiji.
Dan seorang lagi hanya mampu mengejar sambil menjerit,
"tak guna pencuri! Pergi lah beli sendiri!"
Lambang perkongsian hidup sejati lagi hakiki
suami isteri.
0 comments :
Post a Comment