Ini Blog Gua ! HajarMazalan: Orang Hodoh Cantik | DuaPuluh

Tuesday, April 30, 2013

Orang Hodoh Cantik | DuaPuluh

Mereka tidak alim
tidaklah jahil juga,
untuk mengetahui Tuhan 
tidak pernah bergurau,
Dia hanya menduga.
Supaya hati tenang jiwa sabar
tidak menyalahkan takdir bila diuji
dengan terbangun lewat untuk ke tempat kerja.

Ataupun terkunci dan terkurung bersama
di antara pintu hadapan rumah dan pintu grill,
sedangkan malam tadih masih tidur berasingan
dan bermasam muka berpanjangan.

Kerana Tuhan tidak pernah bergurau,
Dia hanya menduga.
Biarpun mereka buat-buat tidak tahu
hikmah di sebaliknya.
Tidak juga menyalahkan takdir.
Sendiri padan muka.

Thanks For Reading :)

0 comments :

 
Blog Peribadi Milik Hajar Mazalan