Ini Blog Gua ! HajarMazalan: April 2013

Tuesday, April 30, 2013

Orang Hodoh Cantik | DuaPuluh

Mereka tidak alim
tidaklah jahil juga,
untuk mengetahui Tuhan 
tidak pernah bergurau,
Dia hanya menduga.
Supaya hati tenang jiwa sabar
tidak menyalahkan takdir bila diuji
dengan terbangun lewat untuk ke tempat kerja.

Ataupun terkunci dan terkurung bersama
di antara pintu hadapan rumah dan pintu grill,
sedangkan malam tadih masih tidur berasingan
dan bermasam muka berpanjangan.

Kerana Tuhan tidak pernah bergurau,
Dia hanya menduga.
Biarpun mereka buat-buat tidak tahu
hikmah di sebaliknya.
Tidak juga menyalahkan takdir.
Sendiri padan muka.

Thanks For Reading :)

Orang Hodoh Cantik | SembilanBelas

"I don't know where to begin" sayangku,
are a big words.
It's a risky words.
Ia hanya ada dua makna.

Permulaan dan pengakhiran.

Tidak kira, how adventurous we are.
Uuntuk memulakan apa yang kita tidak pasti
di mana seharusnya kita bermula,
memerlukan segala kekuatan dan keberanian kita.

Untuk kita redah segalanya
tanpa petunjuk dan arah,
kerana selepas ini
tiada jalan untuk kembali berpatah.

"I don't know where to begin" sayangku,
are an honest statement.
It's a confession.
Untuk sebuah permulaan dan pengakhiran.

Tidak kira, how proud we are.
Untuk membuka jalan dan segala pekung di dada,
pada kebodohan dan kelemahan kita sendiri,
untuk tidak lagi hilang arah.

So we don't know where to begin.
Either we stop here,
or be further lost.

Tidak kira, how adventurous and pround we are.

Thanks For Reading :)

Orang Hodoh Cantik | LapanBelas

'Kita,' adalah selalunya bererti
aku mengagumi dunia dan sifatmu.
Jika engkau mahu itu.

Kerana segala yang kau sentuh,
menjadi sebahagian daripada dunia yang mengelilingimu.

Termasuk aku.

Terperangkap di dalamnya.

Dan sekarang aku harap kau mengerti
kenapa betapa ungkapan ini;

'Vice Versa'.

Means a world to me.



Thanks For Reading :)

Monday, April 29, 2013

Orang Hodoh Cantik | TujuhBelas

Muda, naif dan bodoh
sememangnya kombinasi yang comel.
Tulus lagi tidak tercemar.
Apabila saat penuh kejanggalan itu,
tersipu-sipu malu,
lantas hanya bila selamat di rumah,
rumah masing-masing,
baru sibuk berpesanan ringkas elektronik.

Trittt tit trittt tit!
'Did you left somethin? Tadi dalam kereta?'

Kring tong!
'Hmmm... don't think so'

Trittt tit trittt tit!
'Ok, just checkin'

Kring tong!
'Hmmm... maybe I did lost somethin...'

Tritt tit tritt tit!
'Owh really? Apa dia?'

Kring tong!
'Ya betul, I think you stolen it'

Tritt tit tritt tit!
'Eh, Apa dia?'

Kring tong!
'My heart :))'

Oh sepertinya sangat sweet.
Alangkah indahnya jika
kita boleh kembali ke waktu itu,
dan masing-masing 
bagi panampar barang sedas dua
pada diri kita sendiri.

Teach a things or two tentang bercinta.

Kan, Sayang?


Thanks For Reading :)

Orang Hodoh Cantik | EnamBelas

Sama ada memasak dengan penuh orgy
seperti mahu mengenyangkan 
seisi rumah berkapasiti 17 orang,
atau tiba-tiba menjadi manusia yang taksub kebersihan
mahu menggila permukaan terazo
hingga ke mozek
sampai boleh dihidangkan makanan di atasnya,
atau makan aiskrim untuk sarapan
dalam kemeja kerja dan 
seluar dalam bukan miliknya.

Sangat percaya ia perlakuan luar sedar.

Sangat percaya.

Kerana manusia mudah leka,
untuk melupakan apa yang tiada di depan mata.
Melupakan hati yang membara.

Gila sangat percaya.


Thanks For Reading :)

Orang Hodoh Cantik | LimaBelas

Bertahun bercinta dan berumahtangga,
Si Lelaki fikir 
dia lebih mengenali
hati budi teman hidupnya.
Apabila keadaan timbul,
bila dia mula meragui dan tidak memahami
mengapa semua perasaan
dan perkara yang sedang berlaku ini terjadi,
dia mula bertanya pada diri sendiri,
siapakah perempuan yang berjaya
mencuri hatinya ini?

Perasaan dan pertanyaan yang paling dia benci.
Hinggakan habis kerja
dia keberatan untuk terus pulang ke rumah.
Kerana takut kembali ke tempat
dan menatap wajah
yang sudah menjadi unfamiliar to him.
Kecuali sofa dan televisyen besar itu.
That's another universe altogether.

Sedang asyik menukar-nukar siaran di kaca TV,
tiba-tiba Si Dia berdiri
betul-betul di antara dirinya dan TV
sambil menyilangkan tangan.

"Just want you to know
saya bukan masak untuk wak.
Awak tahu, kan?
Saya akan masak banyak
untuk hilangkan stress.
It's a therapy.
Tapi makanan yang banyak tu 
kalau tak makan membazir.
So you better be hungry atau
nanti saya akan mengamuk."

Kemudian Si Dia beredar ke bilik begitu sahaja.

"Errr... okey," Si Lelaki kebingungan.
Tapi dalam hatinya dia tersenyum.

Sememangnya kadang-kadang
dia tidak memahami
perlakuan perempuan ini.
Tapi akhirnya dia mengerti
mengapa dia jatuh hati.

Kerana surprise are either cunning or fascinating.
Yang pasti it never gets boring.
:)


Thanks For Reading :)

Orang Hodoh Cantik | EmpatBelas

Dan selepas itu satu perjanjian
yang dinamakan 'silent tolerance'. 
Keadaan istimewa apabila
 waktu-waktu tegang memerlukan kerjasama
untuk menjayakan sesuatu misi.

Seperti hari ini,
kereta Si Dia roasak,
dan sudah terlalu lambat
untuk ke kelas Pilates.
Mendapatkan khidmat teksi ketika itu
adalah mustahil dan mengundang risiko.
Si Lelaki pula dalam persiapan untuk perjalanan 
membentangkan proposal kepada pelanggan
yang kebetulan jalannya melalui pusat Pilates.

Di sini wujud situasi
yang disifatkan memerlukan 
pendekatan penyelesaian terbaik
seperti 'silent tolerance'.
Jadi Si Lelaki menumpangkan Si Dia.
Syaratnya, mereka tidak boleh
berbicara dan berkomunikasi melainkan perlu
memandangkan masih dalam tempoh
tegang dan konflik.

Hanya boleh berwajah sugul 
dan mengabaikan kewujudan satu sama lain.
Si Dia pandang keluar tingkap.
Si Lelaki tumpu pada pemanduan.
Kesenyapan total.

Tiba di satu persimpangan
yang berlampu isyarat.
Di lintasan zebra,
kelihatan satu pasangan
bersama anak-anak kecil mereka.
Si Ibu menolak troli bayi,
Si Bapa mendukung seorang lagi
sambil memujuknya jangan menangis.
Mereka bertiga memakai T-shirt yang sama
bercetak wajah Obama.

"How adorable..." terpancul dari mulut Si Dia.

"Yeah, maybe we should try Che Guevara,
sebab no way anak lelaki kita nanti
pakai baju Babyphat," Si Lelaki menyambung.

"................"

"Eh?"

"Eh?"

Tiba-tiba wajah sugul
betukar merah padam,
kemudian berpura-pura mengabaikan
kewujudan satu sama lain.
Si Dia pandang ke luar tingkap.
Si Lelaki tumpu pada pemanduan.
Kesenyapan total.
Silent tolerance. 


Thanks For Reading :)

Sunday, April 28, 2013

Orang Hodoh Cantik | TigaBelas

Suatu hari,
dengan begitu sahaja,
mereka bercadang untuk tidak bersedih lagi.
Lalu mereka bangun seawal pagi,
gosok gigi dan pakai baju kegemaran.

Melangkah keluar pintu,
mereka dongak ke langit
dan memuji langit yang biru.
Hari yang baik 
untuk berjalan dan membuat hal kesukaan.

Mereka juma kawan-kawan,
berbelanja sakan,
mencuba makanan,
melihat pameran,
bersiar di taman,
menonton filem terbaru
dan tidak sedar  masa berlalu.

Malamnya mereka bersukan,
atau bergosip dengan rakan hingga lewat malam
dan pulang kepenatan dengan wajah
dihias senyuman dan kepuasan.

Untuk sebuah hari yang sempurna,
ditemani kenalan atau berseorangan.

Tanpa Dia dan Dia di sisi,
walaupun untuk sehari.


Thanks For Reading :)

Orang Hodoh Cantik | DuaBelas

Suatu ketika dahulu.
"Let's hold hand."
'Kenapa?" Aku tanya.
"Untuk transmit positive energy."
"Owh."

Aku hulurkan kedua tanganku,
kau sambut sambil menyuruhku pejamkan mata.

"Awak tahu how dying people,
gain so much comfort and peace
just by holding their hand.
Dan how babies akan berhenti menangis,
if you let them hold the tip of your finger."

"Owh," aku angguk.

Kau si gadis hippie,
dengan yogamu,
dengan meditasimu,
dengan lilin beraromamu,
dengan kepercayaan-kepercayaan kamu.

Aku tak pernah peduli semua itu.

I just like holding your hands.

Kini kau tarik tanganmu dari genggaman aku
sambil berpaling muka.
Dan hati kita semakin parah,
and start dying slowly. 


Thanks For Reading :)

Orang Hodoh Cantik | Sebelas

Bila terjaga dari mimpi,
apabila terpaksa bermalam
di atas sofa di ruang tamu.
Hanya ada tiga perkara;

Pertama, sudah ada selimut
yang meliputi diri dari hujung kaki hingga ke dada.
Kedua, sudah tersedia
sandwich kegemaran di atas meja
dan yang ketiga atau yang paling ditakuti sekali,
hanya sekeping sampul berisi surat di atas meja
dan sebentuk cincin di atasnya.

Perkara yang membezakan antara
kelembutan hati, perasaan simpati ataupun tiada peluang lagi,
peluang yang tak akan kembali.

Thanks For Reading :)

Orang Hodoh Cantik | Sepuluh

Mereka masih ingat
ketika ulang tahun yang pertama
dahulu, dahulu... dulu.

Adalah yang paling tidak sempurna, 
tetapi yang paling manis dan diingati.
Di restoran makanan segera,
ayam goreng makanan pantas 
dan air berkabonat dalam gelas kertas.
Mata-mata musykil memerhati dan
mereka berdua bahagia tak ingat dunia.

Hanya dalam pijama mereka.


Thanks For Reading :)

Thursday, April 25, 2013

Orang Hodoh Cantik | Sembilan

Adakalanya bila ia berlanjutan
berpanjangan hingga tidak tertanggung lagi
segala rasa di dada,
air matamu terburai juga
akhirnya meratap hiba.
Aku tak tahu berapa lama lagi
bantal yang menekap wajahmu
mampu menyerap segala tangisan itu.

Bila pintu bilik kau tutup rapat
menghalang aku daripada 
menghulurkan lengan baju dan bahuku,
untuk menyerap segala dukamu,
sebelum bantal habis kuyup
menanggung semua luka di hati.

Aku tinggalkan kamu sementara waktu,
selamanya yang kau perlu,
bersendirian di dalam kamar
dunia pasrah itu.

Seperti membuang waktu.

Berdiri di tepi jalan,
rokok di tangan kemudian rokok di mulut.
Rokok di tangan, rokok di mulut,
rokok di tangan, rokok di tangan,
rokok di mulut, rokok di tangan,
rokok di mulut, rokok di tangan
seperti orang tiada haluan.

Ditemani pemuzik jalanan,
seorang yang tidak dikenali dengan gitar akustiknya
yang aku sanggup ajak minum kopi.
Dan membayarnya 
berpuluh-puluh wang cenderahati.

Untuk mainkan dengan indahnya,
lagu kita berulang-ulang kali.

Berulang kali.
Berulang kali.

Thanks For Reading :)

Orang Hodoh Cantik | Lapan

Mereka sangat benci,
keadaan apabila sepatutnya dipenuhi dengan
kemarahan, kecewa, sakit hati dan tunjuk perasaan.
Keadaan apabila isi dapur atau
bantal serta kusyen semua sepatutnya berterbangan.

Dirosakkan dengan perkara yang sangat kecil dan remeh,
yang menimbulkan perasaan janggal dan kekok.
Yang 'potong' gila babi.

Perkara yang menyebabkan ego
sebesar Venus dan sekeras Marikh
mampu tercabar.

Perkara seperti :
"Eh, itu kan boxer saya awak pakai?"
"Eh, eh?!"
"Arghhh!"



Thanks For Reading :)

Orang Hodoh Cantik | Tujuh

Lobak dan saderi - baik untuk kulit dan hati.

Epal dan ubi parsnip - untuk jantung dan serapan 
zat besi.

Timun dan strawberi kaya vitamin C - untuk wanita
yang dicintai demi menjaga kesihatan diri.

Antioksidan untuk Si Lelaki - kobis dan bijirin dan
serat dan semuanya sekali.

Sebelum larian pagi, di kaunter dapur,
masing-masing dengan mesin pengisar dan
gelas tinggi besar mereka sendiri.

Cuma yang tinggal satu dalam raga,
sebiji tomato yang enggan dikongsi.

Kerana tidak bileh separuh atau tidak disertakan sekali,
kerana demi melengkapkan resepi.

Jadi hanya siapa yang pantas dan tangkas tangannya,
licik lariannya, yang selayaknya
memiliki tomato yang tinggal sebiji.
Dan seorang lagi hanya mampu mengejar sambil menjerit,
"tak guna pencuri! Pergi lah beli sendiri!"

Lambang perkongsian hidup sejati lagi hakiki 
suami isteri.



Thanks For Reading :)

Tuesday, April 23, 2013

Orang Hodoh Cantik | Enam

Tidak selesa dengan keadaan yang dingin membisu 
seperti ada ketegangan yang sukar dilafazkan,
Si lelaki bersuara, "let's play a game.
Awak nampak lelaki yang pakai baju Polo biru
at the table on the right there? I bet.."

"Oh awak, it's getting lame and we're too old for that
now, just habiskan makanan awak dan
jangan cuba tukar topik," Si Dia menyampuk.

Si Lelaki hanya memandang tepat pada Si Dia
yang mengelamun entah ke mana
dengan tangan kirinya menahan dagu,
tangan kanan memegang sudu
menguis-nguis cebisan salmon yang semakin sejuk.
Si Lelaki tidak menjawab.
Anehnya dia juga seolah bersetuju
dan merasa seperti orang bodoh.

Kenapa semuanya sekarang seperti 
bodoh, bosan dan tidak seronok lagi ?

"Well yeah, happy anniversary," ucap Si Lelaki.



Thanks For Reading :)

Friday, April 19, 2013

Pandai VS Bodoh

Kasar kan tajuk post aku hari nie . .
Well , memang aku nak rasa kasar sikit .
Biar ada orang kat luar sana terasa sampai menusuk kalbu . .

Actually , aku dah mula rasa meluat dah dengar 
pujian demi pujian dari orang . .
Lebih-lebih lagi bila makcik-makcik
bila diorang kumpul sesama diorang
mula lah dok cerita kehebatan anak diorang . .
Ayat yang aku paling meluat
"Anak semua pandai-pandai , takpe larh . "
Si mak pulak senyum sampai ke telinga .
Konon bangga lah tuh .
Padahal diorang tak tahu
yang anak diorang paling menyampah bila dipuji macam tuh .

Bila kat rumah pulak ,
Kesian anak-anak diorang
Terikat dengan jadual-jadual yang dah diatur makbapak diorang .
Macam takde life langsung .
Hanya disuruh belajar , belajar , dan belajar .
Macam robot dah si anak tuh .
Kat sekolah dah kena lecture dengan cikgu .
Balik rumah pulak kena mengadap buku .
Kena paksa pulak tuh .
Nak tengok TV memang sah-sah lah tak boleh .

Zaman globalisasi nie , mane ada orang pandang semua tuh .
Yang orang pandang hanya praktikal kita .
Zaman sekarang dah takde dah perkataan
" Kadang-kadang je orang bodoh boleh berjaya "
Sekarang , dah ramai larh orang bodoh boleh berjaya .
Orang bodoh nie sebenarnya tak bodoh pon .
Cuma diorang tak suka belajar .
Bila dia ada minat something , 
dia akan bagi perhatian kat menda tuh saja
sampai dia berjaya buat "something'' tuh .

Dan ada jugak orang yang pandai nie sebenarnya bodoh .
Bodoh bila gagal mencapai sesuatu target
seseorang itu akan membunuh dirinya sendiri .
Come on larh . . 
Jangan anggap sesuatu kegagalan itu satu kehancuran .
Maybe keadaan nie terjadi bila terpengaruh dengan keadaan sekeliling .
Kita tak boleh salahkan orang yang bunuh diri tuh.
Tengok larh makbapak diorang jugak .
Yang selalu mendesak anak-anak diorang supaya berjaya .
Dan amalan-amalan orang sekeliling yang suka 
membanding-bandingkan orang pandai dengan orang bodoh.
Adat larh kan . .

Bagi aku manusia nie sama rata je
Yang membezakan hanya lah 
tahap kerajinan dan kemalasan diorang .
Bodoh dan pandai sebenarnya takde dalam kamus hidup manusia .
Cuma manusia je reka perkataan tuh
supaya dapat membeza-bezakan orang .





NOTA KAKI :
" lebih baik kita menjadi BODOH dikalangan orang pandai dari menjadi PANDAI dikalangan orang yang BODOH"....





Thanks For Reading :)

 
Blog Peribadi Milik Hajar Mazalan