Ini Blog Gua ! HajarMazalan: Orang Hodoh Cantik | Pra-Stam

Saturday, December 8, 2012

Orang Hodoh Cantik | Pra-Stam

Alangkah manisnya apabila datangnya satu ketika yang singkat itu apabila kita tersenyum dan berasa tenang serta tenteram, walaupun ia cuma dalam jangka waktu yang singkat dan sementara. Mungkin aku patut men-consider dan relook on the wonderfulness dan kuasa of positive thinking. Menghargai detik yang sementara itu, menghargai sedikit kebahagiaan dan kegembiraan yang tinggal dalam beribu-ribu kepahitan dan kesialan dalam kehidupan dan apa yang mengelilingi aku. Menghargai apa yang ada dengan kesederhanaan, yang nasib baik ada, yang sekurang-kurangnya ada.

          Walau setakat mana atau sekecil mana pun bait-bait kebahagiaan itu, jika ia mampu untuk mengukir senyuman kecil mana pun serta menenangkan hati yang sedang bergolak, diri ini sudah puas dan, kerana nasib baik ada, kerana sekurang-kurangnya ada. Melihat dan menilai kembali apakah ertinya menjadi seorang insan yang bergelar manusia, a person, aku hampir mengerti betapa perlunya seseorang itu berasa gembira dan bahagia dalam hidupnya.

          Jika seorang self-claimer love loser mampu tersenyum kecil tatkala wanita pujaannya yang saban hari dia memerhatikan, yang setiap hari yang berlalu cuba didekati, walaupun cuma berselisih untuk ke kelas masing-masing, telah mengukir senyuman kepadanya, hargailah saat itu. Hargailah perasaan sawan dan sensation yang dialami ketika itu walaupun ia hanya sebesar kuman dan sesuku saat saja detiknya, kerana ia merupakan kebahagiaan, happiness.

        Understand that happiness tak kira sekecil dan sesingkat mana atau sebesar dan selama mana, is equally important bagi kita as a person.

          Tak kira betapa pathetic-nya kita, jika happiness yang kita cari, mampuslah apa orang nak kata kerana kita tahu kita adalah punk dan kita ialah seorang punk yang sedang menghayati happinness.

Stam Mustapha
Sepuluh tahun yang lalu

Thanks For Reading :)

0 comments :

 
Blog Peribadi Milik Hajar Mazalan