Ini Blog Gua ! HajarMazalan: Orang Hodoh Cantik | Tiga

Monday, December 10, 2012

Orang Hodoh Cantik | Tiga

Saat romantis mereka,
ketika berdua duduk di lantai menyandari pintu rumah.
Si Dia bercerita tentang kenangan,
tentang kisah silam penuh kemanisan,
tentang hati dan perasaan.
Matanya berkaca mengadap kerusi meja dan karpet 
penuh bunga berteraburan.

Si Lelaki mendengar penuh setia,
penuh pengertian,
penuh harapan dan penuh sesalan.
Dalam kepekatan malam, 
matanya sayu mengadap jalan.

Selepas bisu seketika,
untuk kali kedua,
pintu tetap tidak terbuka.
Si Lelaki bermalam di dalam kereta,
Si Dia tetap keras hatinya.

Thanks For Reading :)

0 comments :

 
Blog Peribadi Milik Hajar Mazalan