Ini Blog Gua ! HajarMazalan: 2012

Thursday, December 27, 2012

ShamRoslan Hassan

Aik, sapa pulak Shamroslan Hassan nie?
Pelik nya nama..
dah larh tak hot.
haaaaa.... mesti korang terfikir macam tuh kan?
memang pown..
memang pelik pown nama dia.
dah larh tak hot kan kan kan?
hahaha..

ermmm, dia nie dah lama aku kenal.
rasanya masa tuh aku dah lepas UPSR lah..
then, sampai sekarang kitorang still conted-2 lg..
pasal kitorang kenal kat mana tuh tak payah larh tahu yek..
aku pown tak penah jumpa dia.
dan dia pown tak penah jumpa aku..
sebab dia stay kat Gombak Setia (setia larh sangat)
dan aku stay kat Besut.
tak ke jaoh tuh..
jalan kaki belom tentu sampai tau.

umur kitorang pown tak sama sebenarnya.
dia tua 2 tahun kowt dari aku.
tu pown masih perasan muda lagi..
eeeuuwww...
gedik nak mampos.

dulu kitorang pown penah gak larh terlost conted..
masa tuh aku rasa sedih sangat-sangat.. :'(
biasa larh..
adat larh tuh kan..
member aku pown dah ramai yang terlost conted dengan aku..
wakkakaka..
tapi berkat ada MukaBuku dengan BlueBird nie..
kitorang dipertemukan kembali..

dipendekkan cerita..
jadi larh dia bunga taik ayam aku..
hope bahagia larh hingga hujung nyawa, okay?
(kenyit-kenyit mata)

haaa, semalam dia ada call aku..
boleh pulak dia buat-buat sweet dengan aku..
dia keluarkan ayat-ayat power dia tuh..
pergghhhh, terdiam tak terkata aku..
gua melting beb!!
wakakaka..
dalam poyo-poyo kau pown 
masih ada jugak jiwang kat situ ek..

tapi aku sedar..
perjalanan aku dengan kau masih jaohhhhhh lagi.
kau mesti ada cita-cita kau sendiri kan.
aku pown macam tuh jugak.
then, kita pown tak pasti sapa jodoh kita sebenarnye kan..
jadi aku harap kau dapat bertahan larh dengan aku
yang tak manja macam aweks kau yang laen.. ^___^V








Thanks For Reading :)

Monday, December 24, 2012

Aku dalam kebizian..

Hye
Assalamualaikum..

Dah lama aku tinggalkan blog aku nie.
terbiar macam tuh je.
bukan tak nak menghapdet.
tapi aku pown tengah bz sekarang.
almaklumlah.. kuliah dah start sekarang.
aku pown satu.
boleh plak meng'offer'kan diri aku untuk pegang jawatan.
memang bz larh sikit.
minggu lepas pown banyak event yang kitorang buat.
tambah lagi assignment yang berlambak-lambak.
so, memang tak sempat larh aku nak meng'online'kan diri.

dalam masa yang sama,
ramai yang cakap aku dah sombong sekarang.
ntah larh.. aku tak tahu nak explain macam mana.
i'm so sorry sebab tak sempat nak bagitahu pape.
nombor fon aku dah bertukar ke maxis.
nombor celcom aku buat masa nie unavailable.
disebabkan aku dah lama tak membayar dan malas nak g bayar bil.
so, terpaksa larh celcom block aku.
perghhh.. kesian kan.
tengok larh nanti.
kalau aku dah pakai 2 handphone
baru aku bayar bil celcom tuh.
bukan aku tak nak bayar.
cuma sekarang tengah berjimat..
hahaha.. (berjimat larh sangatkan)

ermmm, oke larh..
tuh je kowt coloteh dari aku hari ini.
tak boleh panjang-panjang
nanti tak larat nak baca pulak.

 ~ Selamat Menyambut Marry Chrismass  ~

Thanks For Reading :)

Monday, December 10, 2012

Orang Hodoh Cantik | Empat

Dan sekali lagi,
pasti hati kecilnya terusik dan keliru sama ada kesabaran sedang diuji,
sama ada pertalian yang terjalin sedang dicabar.
Tika saat tenang dan sunyi yang begitu didambakan,
yang belum ada kesempatan,
membaca bab-bab terakhir tulisan yang menawan perasaan lagi mendebarkan,
untuk ditamatkan juga akhirnya.
Akhirnya.

Sengaja diganggu ketawa kuat memecah suasana,
diikuti gema televisyen rancangan jenaka.

Ditonton lelaki tercinta serta teman baiknya.

Dalam pakaian lengkap angkasawan berserta topi keledarnya.


Thanks For Reading :)

Orang Hodoh Cantik | Tiga

Saat romantis mereka,
ketika berdua duduk di lantai menyandari pintu rumah.
Si Dia bercerita tentang kenangan,
tentang kisah silam penuh kemanisan,
tentang hati dan perasaan.
Matanya berkaca mengadap kerusi meja dan karpet 
penuh bunga berteraburan.

Si Lelaki mendengar penuh setia,
penuh pengertian,
penuh harapan dan penuh sesalan.
Dalam kepekatan malam, 
matanya sayu mengadap jalan.

Selepas bisu seketika,
untuk kali kedua,
pintu tetap tidak terbuka.
Si Lelaki bermalam di dalam kereta,
Si Dia tetap keras hatinya.

Thanks For Reading :)

Sunday, December 9, 2012

Orang Hodoh Cantik | Dua

Dan pasti hati kecilnya terusik dan keliru sama ada kesabaran sedang diuji,
sama ada pertalian yang terjalin sedang dicabar.
Jenaka dalam kalangan apakah ini?
Tika saat tenang dan sunyi yang begitu didambakan,
membaca bab-bab terakhir tulisan yang menawan perasaan lagi mendebarkan.

Sengaja diganggu deruman kasar motor mesin 
pemotong rumput.

Sedang ditolak lelaki tercinta.

Dalam kostum penuh arnab berwarna merah jambu.

Thanks For Reading :)

Orang Hodoh Cantik | Lupakan Semua Teori

Lupakan semua teori tentang
Venus atau Marikh atau XY bahkan he says-she says.

Laki laki juga sebenarnya ingin dicintai.
Laki laki juga sebenarnya terluka dan 
tidur malam memikirkan mu
memikirkan bau wanita yang di rindu
menganalisa setiap salah tingkahmu.

          Come on girls.
Setidak-tidaknya untuk hari ini, kita boleh cuba untuk suit-up, man up and shut the hell up.

     Beri mereka peluang menjadi
     yin kepada yang
     tutti kepada frutti
     dan
     ultimately,

     Christ Martin untuk Gwyneth [maybe]

Mimi Morticia
3 September 2012



Thanks For Reading :)

Saturday, December 8, 2012

Orang Hodoh Cantik | Satu

Panggil aku si Luddist, ketinggalan atau buta teknologi. Tapi memo pad berpelekat kuning, hijau dan merah muda itu jauh lebih berkesan daripada sistem pesanan ringkas telefon bimbit canggihmu.

          Jauh lebih romantik.
          Kerana sayang, semuanya adalah tentang lokasi.
          Lokasi, lokasi, lokasi.

Bila pasangan bercinta bermasam muka, mogok kata-kata. Lawan kekerasan hati dan kepala.

Tampal sahaja di cermin almari mekapmu, pintu peti sejuk itu, pintu bilik tidurmu, cermin sinki, malah tingkap kereta kebanggaan mu.

          Kata-kata sindiran, murah dan berkesan.

:)

Thanks For Reading :)

Orang Hodoh Cantik | Pra-Stam

Alangkah manisnya apabila datangnya satu ketika yang singkat itu apabila kita tersenyum dan berasa tenang serta tenteram, walaupun ia cuma dalam jangka waktu yang singkat dan sementara. Mungkin aku patut men-consider dan relook on the wonderfulness dan kuasa of positive thinking. Menghargai detik yang sementara itu, menghargai sedikit kebahagiaan dan kegembiraan yang tinggal dalam beribu-ribu kepahitan dan kesialan dalam kehidupan dan apa yang mengelilingi aku. Menghargai apa yang ada dengan kesederhanaan, yang nasib baik ada, yang sekurang-kurangnya ada.

          Walau setakat mana atau sekecil mana pun bait-bait kebahagiaan itu, jika ia mampu untuk mengukir senyuman kecil mana pun serta menenangkan hati yang sedang bergolak, diri ini sudah puas dan, kerana nasib baik ada, kerana sekurang-kurangnya ada. Melihat dan menilai kembali apakah ertinya menjadi seorang insan yang bergelar manusia, a person, aku hampir mengerti betapa perlunya seseorang itu berasa gembira dan bahagia dalam hidupnya.

          Jika seorang self-claimer love loser mampu tersenyum kecil tatkala wanita pujaannya yang saban hari dia memerhatikan, yang setiap hari yang berlalu cuba didekati, walaupun cuma berselisih untuk ke kelas masing-masing, telah mengukir senyuman kepadanya, hargailah saat itu. Hargailah perasaan sawan dan sensation yang dialami ketika itu walaupun ia hanya sebesar kuman dan sesuku saat saja detiknya, kerana ia merupakan kebahagiaan, happiness.

        Understand that happiness tak kira sekecil dan sesingkat mana atau sebesar dan selama mana, is equally important bagi kita as a person.

          Tak kira betapa pathetic-nya kita, jika happiness yang kita cari, mampuslah apa orang nak kata kerana kita tahu kita adalah punk dan kita ialah seorang punk yang sedang menghayati happinness.

Stam Mustapha
Sepuluh tahun yang lalu

Thanks For Reading :)

Aku di Semester 2.

Uuuuaaarrggghhhh!!!!
dah lama tak post something.
tetibe je terasa rindu pulak dekat blog nie.
hahaha.. mengada.
jari jemari aku pown dah rasa macam keras 
sebab dah lama tak menaip.
poyo je larh kau jaa...

hmm, banyak benda sebenarnya nak cerita nie.
tp tak tahu nak cerita yang mana satu.
aku cerita pasal roommate aku dulu larh.
roommate aku tak macam dulu dah.
diorang aku semua senior aku. 
diorang satu geng
so aku jadi macam terasing sikit dalam bilik tuh.
memang tak best.
sebab tuh larh baru sminggu pergi aku dah balik rumah nie
tak tahan dek kebosanan.
hahaha..

macam fantasi pown ade jugak nie.
pejam celik pejam celik
dah masuk semester 2.
dah besor ghupenye aku. haha..
di sem 2 nie aku dapat lecturer semua sporting.
takde yang terlalu serious.
mungkin aku akan selesa sikit belajar di sem 2 nie.

tapi yang tak best
semua member aku dapat duduk kat kolej kapas dengan perhentian.
aku sorang je tercampak dekat kolej tenggol.
terasa diri agak kesepian sikit.
tapi naseb larh ade jugak member aku
yang lain jantina duduk kolej sama.
takde larh aku pergi kelas sorang-2 nanti.
aku harap ENCIK BELIAU dapat paham aku.
dan tak jealous dengan situasi aku nanti.
  
i just love him.
dan takde yang laen oke.
believe me.
:) 

Thanks For Reading :)

Sunday, November 25, 2012

Aku Bukan Kaki Kutuk


Aku bukan Kaki Kutuk.. *Harap Maklum.

Adalah encik beliau nie.
selalu je suruh aku cerita entry pasal dia.
aku bukan tak nak cerita.
but aku tak tahu nak cerita pasal apa.
kalau aku cerita yang bukan-bukan
aku takut kau marah aku.
perasaan takut dah menguasai diri sekarang.
kau tahu tak?!!

Aku takut sangat kalau-kalau aku dah buat kau terasa.
pastu kau marah aku.
dan maybe kau akan tinggal aku lagi.
aku tak nak kau lesap lagi.
pedih tahu!

oke, forget it..
now, aku nak bagi tahu
Aku dah tukar lagu kat blog aku nie.
sebab aku tak suka ada orang suka lagu kat blog aku.


Thanks For Reading :)

Thursday, November 22, 2012

Sebat

Petang tadi, aku ada terbaca
status kat Facebook dari seseorang artis nie.
ermm, artis nie salah sorang artis yang aku minat jugak larh.
dia ade cerita kisah dulu-dulu dia
pasal dia kena sebat dengan ayah dia.
memang funny jugak larh bila aku baca kisah dia.

bila aku baca dan baca
aku teringat zaman-zaman kenakalan aku dulu.
bila balik rumah je aku mesti kena marah.
aku pun lupa dah pasal apa aku kena marah.
bila kena marah teriak keliling rumah.
memang muka tak malu sungguh aku time tuh.
hahahaha..

dulu teruk jugak larh aku kena sebat ngan bapak aku.
maybe zaman kanak-kanak dulu aku terlebih nakal kowt.
suke ponteng skolah, ponteng kelas fardu ain n banyak lagi larh aku dah buat dulu.
hehe.. sebab tuh larh hari-hari kena sebat.
dalam sehari tuh ada je kesalahan yang  aku buat.

tengok!! kecik-kecik aku dah pandai buat semua tuh kan
bile besor ntah apa larh yang aku buat.
sebab tuh larh aku dapat akibat yang setimpal.

memang aku tak nafikan
time kecik-kecik dulu aku banyak sangat memberontak.
tapi sekarang aku sedar kenapa ayah aku sanggup buat aku macam tuh.
aku tahu ayah aku tak sanggup tengok aku gagal dalam kehidupan aku.
dan sekarang aku dah pun berjaya masuk ke Universiti.
yang dulu orang selalu agung-agungkan.
tapi aku rasa macam biasa je.
sekolah rendah dulu lagi best. hahahaha..


Thanks For Reading :)

Wednesday, November 21, 2012

I Miss U

Hoho.. Entry aku kali nie tergedik sikit
hmmm, tak dapat nak tanggung dah aku
aku rindu sangat-sangat kat dia.
rindu sangat!!

salah aku jugak kowt.
kenapa susah sangat aku nak bagitahu dia
yang aku suka dia.
tak lah jadi macam nie.
Hajar.. Hajar.. (bil geleng-2 kepala)

Sumpah.. Aku mungkin cinta kau.
Dah banyak kali kita break dan couple
but i'm still cannot forget you.
why? mungkin cinta?
 or perasaan yang dihasut oleh syaitan?

kalau lah angin bayu malam nie boleh berkata-kata
dah aku sampaikan rinduku pada mu..
memang susah aku nak lupakan kau.
sebab kau dah bermaharaja lela dalam badan aku.
otak, hati, jantung, limpa semua kau takluk.

aku akui walaupun ramai para pria yang try ngorat aku
but aku still tak boleh nak accept them.
mungkin sebab perasaan aku pada kau belom hilang lagi.

hanya satu je aku nak bagitahu kau
yang belom aku bagitahu lagi
kau tak bertepuk sebelah tangan Sham.
aku terpaksa cakap aku benci kau
untuk buang perasaan aku pada kau jauh-jauh.
but believe me, I'm still love you.
Ever and Forever.
Never Ending.


Thanks For Reading :)

Thursday, November 15, 2012

Santai Bersama BIG Family..

Fuhhhh.. Penat gila aku hari nie.

Dalam pukul 9 lebih macam tuh larh
seperti biasa mak aku kejutkan aku
tapi kali nie berlainan sikit
tak macam selalu
"kak chik kalau nak g kolam air panas cepat bangun"
aku tersedar dan terfikir sejenak
betol ke apa yang aku dengar nie?
atau hanyalah khayalanku.
tapi aku rasa aku tak termimpi pulak pasal menda nie malam tadi.
so, aku cepat-2 larh bangun
then terus ke dapur
tengok mak aku buat bihun goreng 1 kuali besar
nie memang tak sah lagi larh kan.
hahahaha..
memang best.. pagi-2 lagi dah dapat kejutan macam nie.

Then kitorang pergi larh dalam beberapa buah family
ada 3 buah kete
semuanya pakai kete Alza.
hahaha.. memang macam nak buat konvoi larh kan.
jadi masa ayah aku jalan punya jalan kete tuh
almaklum larh.. pemandu arah larh katakan
tetibe HP ayahaku berdering
lagu apa ntah aku pown tak pasti
aku layan sampai ayah aku angkat.
Cousin aku call, dia cakap dia tahu jalan nak g sana.
so, ayah aku ikut je larh.
sekali pergi amek ang.
jalan litar drift dia bg kat bapak aku.
hahaha.. memang meloya dan memeningkan aku larh kan.
muka adik aku yang sorang tuh memang cuak habes. haha

bila sampai je sana memang tugas kanak-2 seperti aku
main air je larh kan.
mandi punya mandi punya mandi
aku tersempak dengan segerombolan anak muda nie.
seksi nak mampos siot cara pemakaian dyorang.
hanya 18sx je boleh tengok
so, cepat-2 aku blah dari tempat tuh.
tak sanggup nak tengok beb..
aku nie otak kuning
kalau aku tgk macam2 larh aku pikir.
lepas tuh, aku pergi kat mak aku
melatak ayam, ikan dan sotong bakar..
burrrrrppp..  kenyang pulak rasa.. hahaha..

Aku sampai rumah aku dalam pukul 6 lebih-2.
macam tuh larh lebih kurang.
rumah aku paling dekat
so, sepupu sepapat aku singgah rumah aku dulu
perhhhhh, memang pengsan aku hari nie keletihan.
melayan kerenah sepapat-2 aku yang tak berapa matang tuh
memang memenatkan aku
tapi aku suka
sebab diorang aku dapat hilangkan stress aku.
hahaha..
 lepas je diorang balik penat aku mula menyinggah.



Thanks For Reading :)

Musuh Dalam Selimut 2

For last entry aku yang lepas tuh
dah ade orang terasa.
sebenarnya aku tak mention pun siapa-2 kan
so tak payah nak terasa sangat.

Kenapa nak terasa ek?
ermmm, mesti apa yang aku cakap tuh betol kan.
kalau tak kenapa kau nak terasa plak.
then, boleh pulak nak menafikannyer
seolah-olah aku pulak yang bersalah dalam hal nie.
sekarang nie terasa macam nak gelak
hahahaha..
macam takde sifat malu je.

aku tak perlu sampai nak tukar2 link segala.
life aku senang n simple je
kalau ada yang tak puas hati baik cakap depan-2 je.
jangan cakap belakang-2.
kalau nak kutuk orang pakai nama je terus
biar orang laen tak terasa sama.
kan senang kan.
takde masalah yang timbul pown nanti.

sekarang nie aku dah unfollow kau.
lantak kau larh nak buat apa pun lepas nie.
kutuk larh aku puas-2 slagi kau mampu.
kalau kau nak buruk-2 kan aku dekat orang pown aku tak kesah dah.
aku dah letih melayan manusia-2 macam kau.

aku mengaku aku tak larh sebaik malaikat
dan aku taknak seburuk syaitan.
aku tahu orang jahat pown tak nak jadi jahat slamanya kan.
now, aku try ubah sikap buruk aku
sikit demi sikit..



Thanks For Reading :)

Monday, November 12, 2012

Musuh Dalam Selimut.

Hahaha.. bala.. bala..
aku tak tahu larh pulak yang aku ada musuh siber.
ingatkan kat luar je ada yang tak suka aku..
haha.. apa larh yang aku buat pown aku tak tahu.

Ntah larh.. 
aku pun tak tahu permulaannya kat mana.
tetibe je ada orang cakap kat aku.
mula-mula memang sukar dipercayai.
tetapi setelah lama berdiam diri
terasa perit plak
dengan kata-kata dia kat twitter tuh.
maybe bukan niat dia nak tuju kat aku
tapi jangan larh nak libatkan aku plak.
aku pun manusia
yang ada hati dan perasaan.

kalau kau benci salah sorang dari kitorang pun
cakap je larh..
nie tak? takde jawapan langsung bila orang tanye.
then, mula larh nak buat spekulasi yang bukan-2.

tak salah kan kalau kitorang sekadar berkawan.
aku pun tak halang kau berkawan dengan dia.
nak couple dengan dia pown boleh.
aku tak marah langsung.
malah aku turut happy tengok korang bahagia.
hahaha.. 

aku tahu aku nie jahat, teruk n so on larh.
tapi maybe tak seteruk kau kowt.
bercakap pasal agama memang superb
tapi bab mengutuk orang jugak no 1.

aku tak halang kau dari bersosial.
tapi kau ingat larh orang sekeliling kau jugak.
kalau statement kau yang selama nie
bukan tuju kat aku dengan dia takpe larh.
aku nak mintak maaf 
sebab dah aku dah terasa dengan statement kau tuh.
memang selama nie aku berdiam diri.
tapi lepas aku baca blog kau
aku terasa sedikit panas.

hmm, aku mintak maaf skali lagi
sebab ber"aku kau" je..
aku tau kau lebih tua dari aku.
selama nieaku respect kau.
tapi kau sendiri yang hilangkan mood respect aku pada kau.

*
*
*
  • aku nak mintak maaf pada kawan aku yang tuh if entry aku kali nie buat kau terasa.hahaha..










Thanks For Reading :)

Sunday, November 11, 2012

Result!! Result!! Result!!

Hai.. Assalamualaikum..

Result sem 1 aku dah keluar..
Dah 2 hari keluar sebenarnya.
Mesti korang nak tahu sangat kan result aku berapa.

Lepas result aku 2 hari lepas
henfon aku yang selama nie membisu membuta tuli
jadi kerap plak berdering lagu "Milk in the bottle"
yelarh.. orang massage aku tak layan pown.
haha..
busy sungguh henfon aku 2 hari lepas..
kalah time result SPM keluar dulu..

pape pown aku tetap tak bagitahu korang kan..
hahaha.. padan muka korang.
siapa suruh call..
ngabiskan kredit korang je kan..

tapi yang kelakarnye
semua orang ingat aku dapat 4flat.
hahaha.. memang lawak larh kan..
dalam hidup aku baru first time aku exam tanpa study.
takkan dapat 4flat kowt.

actually, result aku memang teruk
tapi naseb larh tak repeat je.
kalau repeat mati larh aku sengsorang.
maybe banyak faktor menyebabkan aku jatuh sebegitu teruk.
tak perlu larh aku nak bagitahu kan.
"barang yang lepas tak perlu dikenang" kan?
selalunya aku dengar macam tuh larh.

sape yang tak saket kan kalau dapat result teruk
aku pown tak boleh nak rahsia lelama
lambat laun orang akan tahu jugak nanti
so, tak perlu larh aku bagitahu.
biar orang tahu sendiri nanti..

by the way, aku dah sedar kesilapan aku.
dan aku harap aku dapat ubah
 segala sikap buruk aku di sem 1 dulu
jadi lebih baek.
dan aku akan lupakan kenangan pahit aku di sem 1.
tak perlu di ungkitkan lagi.

aku sangat harapkan doa korang
untuk aku jadi lebih baek dari sekarang.
wish me luck k..






Thanks For Reading :)

Friday, November 2, 2012

Pasrah Segalanya.

hidup aku sekarang.. ermm, entah larh.
aku tak tahu apa yang aku nak sebenarnya.
peluang yang ada depan mata semua aku tolak.
first time untuk tahun nie aku menangis
sama banyak macam air terjun yang mengalir kat sungai.
betul larh kata orang, 
lepas aku menangis aku rasa lega sikit.
ermm, for today ego aku kalah dengan perasaan sendiri.
terima kasih perasan.
kau dah dapat leburkan ego aku
yang keras macam batu.

aku tak macam semua orang.
aku takde kawan baik.
semuanya aku pendam sorang-2.
bila dah banyak sangat benda yang menyakitkan terkumpul
aku jadi tak tentu arah.
dan macam nie larh jadinya.
mungkin aku perlu pasrah segala-galanya pada tuhan.
dia saja yang tahu isi hati aku yang tak jelas nie.
apa yang terjadi sebelum nie
mungkin ada hikmahnya.
hanya aku je perlu bersabar..

Thanks For Reading :)

Tuesday, October 23, 2012

Zaman Gelap

Sekarang aku merasa 
aku dah balik semula ke zaman gelap aku..
Tiada gelak tawa, tiada rasa cinta dan sayang.
Yang ada hanyalah kehidupan dalam ke'blurrr'an.

Aku dah macam orang tak punyai perasaan.
Takde attraction langsung.
Takde prejudis jugak..
Yang ada cuma perasaan dendam dan marah aku..
Aku tak tahu kenapa perasaan nie mucul secara tetiba.
sejak dua menjak nie perasaan amarah aku semakin menjadi-jadi.

Bila aku dengan orang-2 yg nak try nak takle aku
aku jadi cepat marah.
Aku jadi semakin tak paham dengan perasaan aku sendiri.
Orang nak kat aku aku tolak, 
lepas orang tuh pergi jaoh-2 baru aku rasa menyesal..
kenapa dengan hidup aku sebenar nya?

Aku terasa kosong sekarang.
Makin kosong jiwa aku makin tak tenang.
Kalau boleh memang tiap-2 malam aku menangis.
Tapi aku dah tak sanggup lagi dah menangis.
hanya boleh meraung dalam hati.

Kehidupan aku sekarang hanyalah bergantung kepada masa.
seharian aku berjalan mengikut masa.
hanya masa yg tentukan sama ada aku gembira atau pun tidak.
sebab yg aku temui hanya sebuah jalan mati.
yang buntu.
yang tiada persimpangan kanan ataupun kiri.

aku jugak seperti hidup di dalam kotak yg gelap.
yang ada hanyalah warna hitam.
seperti orang buta yang tak nampak apa-2.
begitu larh aku pabila aku menuju ke hadapan.

Aku harap suatu hari nanti akan ada sinar di sebalik semua nie.
Aku memang tak tahan hidup macam nie.
tapi tiada satu pown yang ingin bawa aku keluar dari kegelapan ini.
Semuanya hanyalah ingin berseronok menikmati dunia.


Thanks For Reading :)

Tuesday, September 25, 2012

Money

Money. Thinking about money?
you know what the money?
you dont know?
money is coklat yang dapat di makan..
hahahaha..
money tu duit larh..
ala,, budak tadika pon tahu kan money tuh ape.
teringat plak zaman kecik-2 dulu.
selalu makan cokat yang bentuk duit emas tuh.
kahkahkah..
pengalaman memang tak dapat dilupakan kan?

mesti korang tahu kan duit tuh digunakan untuk belanja..
but korang pernah terfikir tak 
mane datangnye duit korang tuh?
so, ape korang belanjakan itu?
mesti korang yang senang nak dapat duit dari parents korang
akan cakap "apa aku kesah. duit aku bukan duit kau"
right?
hahahaha...
jangan nak gebang larh derrrr..
korang tak akan kesah
sebab duit tu bukan datang dari hasil titik peluh korang.
but from penat lelah parents korang right?
memang larh korang takkan erasa.

if you olls can see dunia sekarang nie
memang giler....
manusia boleh jadi giler gara-gara duit..
ahhhh,, betol ke?? oh no!!
ermmm,,, ntah larh.. melawak je.. hehehe...

with the money, we can do everything..
ahhh, everything?
yes, everything.... just money you have..
hahahaha..
orang yang terang-trang bersalah pon boleh jadi tak bersalah taw..
see... dasyat giler kan kuasa money nie.

but dengan money ramai yang akan ke neraka..
opssss!! jangan cop aku macam-macam k.
nie from my experiment larhhh..
ramai yang salah gunakan duit.
macam aku cakap tadi larh kan.
ramai yang makan rasuah, judi and so on.
yang kaya terus terusan menjadi kaya
dan yang miskin terus terusan menjadi miskin.

betol larh ape orang cakap kan.
duit nie senang je nak cari kalau kena dengan cara dan usahanya.
tapi jangan larh kita membuat muka tak malu
menjadi pengemis di tepi-2 jalan.
orang laen pandang pown mesti tak suka kan.
sometimes sampai kena cop sampah masyarakat.
lagi kesian tuh.
yang sempurna fizikal dan emosi tuh try larh usaha untuk bekerja.
jangan larh dok mengemis kat tempat orang.
buat malu je kalau kena caci maki orang taw..
orang yang cacat anggota badan pown pandai berdikari.
pandai cari duit sendiri.



Thanks For Reading :)

Monday, September 24, 2012

BerDIKARI

Berdikari??
why?  ada masalah?
korang tahu apa itu berdikari?
dalam bahasa inggeris 
thats mean independent..
hahaha

korang tahu ke korang dah independent ke belom?
dalam hidup yang serba moden nie
lagi banyak kita kena berdikari taw.
such as band-2 indie yang tengah meletop sekarang
diorang semua berusaha tanpa mengharapkan orang lain taw..
so, itulah makna independent.

dalam dua tiga hari lepas
aku belajar erti berdikari
walaupun tahu aku akan berjalan tengah-2 panas
dengan barang yang banyak kat tangan
aku tetap berusaha ke hala tujuan ku
aku hampir-2 jugak give up time tuh
mana tak nye
peluh dah mencurah-curah kat muka aku
dah macam orang kerja buruh dah
aku call member aku tak angkat
so, aku teruskan perjalanan aku
akhirnya sampai jugak larh di hala tuju aku tuh.

someone yang berdikari
tak akan senang mengaku kalah
tu yang aku dah belajar
walaupun dia tahu penyakit yang akan menimpanya
dia akan tetap berusaha
sebab penyakit tuh boleh sembuh
but peluang yang ada cuma sekali je datang.. :)




Thanks For Reading :)

GAMBANG Waterpark!!

Hye friends..:)
hihi.. aku tahu aku dah lame kowt tak 
meng'update' blog aku nie..
hari aku terasa line tenet nie
macam laju pulak.
so, ade larh sedikit kegatalan di tangan
untuk aku meg'update' blog nie..

dalam a few weeks ago 
aku ngan member-2 aku ade pergi
Gambang Waterpark..
memang best larh..
hapenning giler kowt dyorang.
walaupun baru beberapa jam kitorang kenal.
hahahaha....




















Thanks For Reading :)

Saturday, August 18, 2012

Hari Raya dah dekat!!

Hye korang..
Assalamualaikum..

firstly aku nak mintak maaf kat korang
sebab aku lame tak update blog aku nie..
biase larh membusy je kejenye..

ermm,, sedar tak sedar kita dah hampir di penghujung Ramadhan kan..
pejam celik pejam celik je..
esok tinggal lagi sehari kita nak puasa.
amacam puasa korang tahun nie?
oke ke tidak??
harap puasa korang tahun nie lebih baek
drpd puasa korang sebelom nie..
sebab hidup kita perlu upgrade selalu..
betol x? haha

oke, sekarang Syawal pown hampir tiba kan..
tinggal sehari dua je lagi..
so, korang dah buat persiapan belom??
persiapan orang kompem superb kan?
owesome gitu..

aku plak tahun nie biase-2 saje..
aku beli ala kadar je.
sebab aku rasa aku dah tua je.
oh no!!!
hahaha..

sebenarnya aku tak sempat nak buat persiapan pown..
baju kurung semuanya my mom yg pilih.
aku balik rumah pown agak lewat jugak larh..
semalam aku balik, hari nie aku baru beli
baju, seluar and kasut raya..
tu je larh yg aku sempat beli hari nie..
aku pown tak tahu nak beli ape lagi.
maybe mood-2 excited nak raya aku dah berkurangan kowt..
dulu aku larh yg paling lama pilih baju-2 raya..
tahun nie plak aku amek je ape yg ade n menarik di mata aku..
biarlah adik-2 aku pulak yg terexcited nak raya.
hahaha..

oke larh, sebelum aku mengundurkan diri
aku kat sini ingin mengucapkan 
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI
kat korang semua..
jika ade aku tersilap cakap,
terkasar bahasa,
bahasa melayu aku tak betul
n terojak bahasa seperti sekarang
harap dimaafi..
sebab aku hanya larh insan biase..
hehehe..
so korang, enjoy your raya,
jangan nakal-2
n selamat pulang ke kampung k..
insyaAllah if takde hlangan
aku akan pulang ke kampung nenek aku 
pada pagi hari raya pertama kat KT.







Thanks For Reading :)

Friday, August 10, 2012

Masalah melanda!!

assalamualaikum...
hye korang.. 
maaf larh dah lame aku x update blog aku nie.

ermmm,, betol cakap orang kan??
hidup nie umpama roda
kejap kita dok atas n kejap kat bawah.
cume lambat ngan cepat je kita x tahu.

sejak kebelakangan nie
banyak sangat masalah timbul
aku tak tahu larh kenapa
kadang-2 aku terfikir jugak
hidup nie memang tak adil!!
tapi, aku x boleh nak salah kan takdir
qada' dan qadar kita dah ditentukan oleh-Nya

masalah buat hidup aku sedikit terumbang-ambing
aku takde sape pown kat dungun nie.
soulmate pown aku belom jumpe lg.
keje aku asyik bergaduh n mengutuk je
bukan aku saje2 nak wat gitu
kalau dah jiwa aku ngan jiwa dyorang x ngam
memang cam nie larh jd kan

ermm,, masalah.. masalah.. masalah!!
kadang-2 terasa sedikit tension..
aku tak tahu nak luah kat sape.
masalah aku nie terlalu besar.
aku kena tipu!!
aku benci laki tuh!
aku dah betol-2 tak suka laki skarang.
biarlah orang nak kate pape pown
aku memang tak suka laki.
tiap-2 malam aku menangis.
orang laen takkan paham apa yg ada dlm hati aku.

maybe orang tengok aku sentiasa ceria tiap-2 hari
tapi dalaman aku tak siapa yg tahu.
ade sorang kawan aku try nak selesaikan masalah aku.
tp aku tak nak sebab aku nnt dyorang bertumbuk.
aku tak suka libatkan orang laen dalam hal nie.
sebab aku sendiri yg buat masalah nie.
aku terlalu berani.
aku terlalu percayakan orang.

dalam seminggu dua nie
aku akan try lupakan ape yg dah berlaku
aku tahu bukan senang
tp aku try jugak.
aku xnak hidup aku penuh diselubungi sejarah-2 hitam
cukup larh zaman-2 nakal aku dulu.
aku dah taknak ingat lagi
aku nak jadi manusia normal
yg xde masalah
selalu happy.
harap aku dapat buat semua tuh...



Thanks For Reading :)

Friday, July 27, 2012

Roommate aku yang SELEKEH!!

hye peeps..
Assalamualaikum..

hari nie aku tension gila.
esok aku ade test.
tapi ntah larh.
tadi ade orang dtg check bilik.
dyer suruh kemas bilik.

pasal entry kat atas tuh bukan bermaksud 
aku nak mengutuk dyer.
tapi tu larh kenyataan nyer.

selama aku hidup 
aku ingat aku larh yg paling malas nak kemas bilik
tapi ade lg malas kowt dari aku

bilik aku memang tak pernah kemas
walaupun aku dah kemas.
korang nak taw tak?
dalam bilik aku nie ade 3org.
termasuk aku larh kan.
tapi aku je yg slalu kemas bilik.
dah larh aku je yg kemas
lepas tuh boleh pulak dyer sepahkan balik brg dyer.
dengan baju larh penuh kat meja.
barang makanan pun ade gak
sampai melimpah kat meja aku.
aku tak taw nak tegor dyer mcam mne.
tension sangat skrang.

aku tak kesah larh kan barang dyer kat meja aku tuh
tp skurang kurang nyer kemas larh ckit.
aku pon nak letak gak barang aku kat meja tuh.
aku tak tahu larh nak kate ape.
aku tension tinggal same dengan orang mcam dyer nie.
mandi pown skali je sehari.
pakai baju berlapis lapis.
kalau tak berpeluh takpe pulak.
nie dah larh berpeluh
berbau pulak tuh.
kadang-2 aku terpaksa tahan dengan bau tuh.
rambut dyer pulak panjang smpai jejak tanah.
kalau pandai jaga takpe larh jugak kan.
aku tak kesah larh.
nie, eeee geli aku.
berbau gile.
skali rambut dyer gugur 
bersepah rambut bawah meja aku.
boleh buat kaen dah kowt..
memang selekeh gila larh.
kalau dyer nak kutip takpe jugak.
nie asyik aku je yg kene kutip.
aku rasa macam nak nangis je.
apekah dugaan yg Tuhan bagi kat aku nie??
aku tak pernah lagi jumpa org seteruk dyer..

pernah sekali tuh dyer cakap
"memang aku suke bilik sepah-2 nie.."
geram aku rasa.
nak je aku halau dyer kluar dari bilik tuh.
agak-2 larh kan bile berckap tuh.
ko bukan nyer duduk sorang.
aku pown ade dlm bilik nie.
kalau xde spot check xpe larh kan.
aku tak kesah sangat.

haishhhh..!
banyak benda lagi aku nak citer.
tapi aku tak sanggup dah.
aku rasa stress giler skrang.
menangis dalam hati je aku hari-2.

atas ape yg aku citer nie korang boleh bg cadangan ckit x?
aku tak tahu macam mane nak wat dyer brubah.
plizzzzz sangat-2!!!


Thanks For Reading :)

Tuesday, July 24, 2012

Berokband!!


hye semua..
assalamualaikum.......!

hari nie aku terasa nak menaip pulak.
tp xde pape idea pown.
aku tak tahu nak menaip ape.
hmmmm,,, ape yek???

oke larh,, aku nak citer pasal berokband aku nie..
aku tak tahu larh kenape.
macam xnak connect je..
aku baru beli kowt.
dah larh mahal menatang nie..
BEROKBAND BETOL LAH!!
nak cakap aku belom register lagi rase nyer dah kowt..
memang dugaan sungguh larh sejak 2 menjak nie..
tension pown ade gak kadang-2. 
tak abes-2 dengan masalah.
haish!!!
tu je larh luahan rasa aku hari nie..
check it out~~~

Thanks For Reading :)

Saturday, July 21, 2012

Akhirnyer ia dalam genggamanku..!

hye korang!!!
Assalamualaikum..=)
nampaknyer dah lama aku tak menulis-nulis kat sini kan..
dah berhabuk dah blog aku nie..
biaselah xde masa dah nak melayan internet sekarang.
dok kat U bukan dapat internet pown.
baek dok kat rumah je.
kadang-2 ade gak terbit rasa tak puas hati kat kolej aku duduk.
hahaha.. aku pown tak tahu kenapa.
maybe banyak sangat benda-2 yg buat minda dan fizikal aku sesak kowt.

oke, aku bukan larh nak mengutuk pasal U, tempat aku belajar kan..
bulan-2 pose nie x baek mengumpat, mengutuk dan mencaci.
Tuhan marah nnt.(ingat tuh) hahaha!!
haa!! sebelum tuh aku terlupa pulak nak ucapkan 
selamat berpose kepada sume yang membaca benda alah nie.
harap belom terlambat lagi.. -,-

korang nak tahu tak??
bulan nie banyak gila benda yg buat aku heppy.
banyak ke?
xde larh sangat, tp boleh lah.. hehe
dalam bulan nie aku dah dapat #SANGENEMY aku..
yang lagi best lagi kan.
ade lah sorang hamba Allah nie sangat baek hati.
dye belanja aku CD #SANGENEMY..
tak pernah pown aku mimpi aku akan dapat
cd #SANGENEMY secara percuma.
orang laen tak dapat kan..
don't be jelly taw.. hahaha!!
memang melompat-lompat aku bile
#SANGENEMY betol-2 berada kat tangan aku.
bukan senang taw nak dapat.
berminggu-minggu aku tunggu #SANGENEMY tuh.
akhirnye dapat jugak.

bile aku cerita kat classmate aku
nampak macam semua tak percaya.
sebab aku just kenal dengan orang tuh melalui FB saje
tapi kalau kite dah boleh anggap dye tuh sebagai bestfren
ape salahnyer kan...
hehehehe..

tapi kan, aku belom dengar lagi #SANGENEMY tuh..
almaklumlah, aku takde masa.
kalau aku dengar #SANGENEMY nie aku perlukan privasi.
aku tak boleh orang kacau.
sebab kebiasaannyer lagu-2 from HUJAN
banyak gila maksud-2 yg mendalam.
so aku kena paham betol-2..
cheewah!! hahaha...
kadang-2 kite dengar lagu from HUJAN nie memang larh sempoi.
tapi bile kite paham maksud dye
baru kiter akan jatuh cinta dengan HUJAN.

oke lah, aku nak chaw dulu.
pasnie aku nak g beli lappy baru.
ayah aku dah janji dengan aku.. hehehe

walau ape pown kejadian,
aku akan terus support HUJAN.
AKU JANJI!!


Thanks For Reading :)

Monday, June 25, 2012

Jiwa Kosong

hye.. Assalamualaikum..
Aku tak tahu kenapa hari nie aku rasa badmood gila lepas aku stalk-2 FB dia..
padahal xde pape yg menyakitkan pown.
cume aku rasa sedikit menyakitkan bile teringat kenangan-2 dulu.
memang aku nak nangis.
tapi aku kene tahan air mate aku nie.
x mungkin larh aku nangis depan member-2 aku kan.
lagi pon menda cam nie takkan lah aku nak nangis cam budak kecik.
buat malu kaum saje..
but siyezly aku memang sedih.
lagu-2 dalam lappy aku pown asyik dok putar lagu-2 sedih je.
makin membuak-buak kesedihan yg aku rasa.
aku masih ingat lagi setiap baris dan butir kata yg dia cakap.
mula-2 memang manis.
tapi cokelat kalau kita makan banyak-2 akan rasa pahit jugak.
 aku ingat aku akan kekal dengan dyer.
sebab aku dah banyak buang mase, duit n tenaga aku kat dye.
aku tahu aku bodoh.
dulu aku tak terfikir pown sume nie akan berlaku.
dan sekarang baru aku ada rase sedikit kesedaran.
orang cakap kalau nak menyesal pown dah tak guna.
nasik dah pown jadi bubur.
 so, terpaksa larh telan bubur tu walaupon rasenye tawar.
sekarang aku rasa fobia gile dengan cinta.
memang aku akui aku ada rase sedikit sifat jelez 
bila aku tengok sweet-2 couple dating, makan n hangout same2.
tapi nak buat cam mane kan..
aku tak pandai nak bergaul dengan orang-2 sekeliling aku.
bile jumpe just senyum-2 je.
aku pown tak tahu knape..
sombong sangat ke aku nie??
maybe aku rasa aku lebih senang bersendirian cam nie.
lantak lah orang nak kata apa nnt.
buat mase nie aku nak study dulu.
aku nak capai impian aku.
aku jeloz gila ngan kawan-2 aku time sekolah dulu.
dyorang semua boleh g jaoh-2.
aku je dapat kos biase-2.
arghhhhhhhhhhh............!!!!!!!!!!!!!!!!!
malam nie aku nak nangis saje..
tapi aku tak boleh nak nangis.
dah lama aku tak nangis nie..
Tuhan tolong aku.
jiwa aku tak tenang.
aku masih terasa dye still dekat dengan aku
walaupon dye dah lama pergi dari hidop aku.
alasan dia begitu tidak masuk akal untuk tinggalkan aku.
aku masih tertanya-tanya sampi sekarang.
apekah yg dyer betol-2 nak tinggalkan aku??
atau dye tinggalkan aku dengan paksaan diri dye..
aku rasa baru semalam aku break off ngan dye..
 oke larh,, meluat dah aku nak berceritera pasal menda nie.
buat jiwa aku makin tak tenang je..
k larh, bye-2 olls!!!!!!!!




Thanks For Reading :)

Friday, June 22, 2012

Aku nak #SANGENEMY

Hye olls!!!!!!!!!!!

Excited gila aku hari nie.
Dah berhari-hari aku tunggu tarikh nie.
Hari nie album terbaru HUJAN dah keluar.
Aku nak sangat!!!!!!!!!!!!!

Tak sabar aku nak dengar lagu dyorang.
Lagu dyorang best2 der..
Sekali korang menghayati setiap tutur lirik lagu-2 dyorang
kompem korang akan cair punya.. hahahaha..

sekarang aku dok kat Dungun,
aku tak tahu nak g beli kat mana.
Album HUJAN nie limited edition sikit.
memang susah nak cari kalau kat kampung-2 kecik macam neyh.
but, naseb baek larh ade sorang member fesbuk aku neyh
sudi belikan album HUJAN untuk aku.
hehehehe.. (untung larh kan) xD

so, i hope i can get the #SANGENEMY. 
(sorry, english aku terabur) =='

kBye!!

Thanks For Reading :)

Thursday, June 21, 2012

Budak 'U' dah aku sekarang. -,-

Hye peepzz!!!!!!!! ahahaha..

Dah lama kan aku tinggalkan blog nie..
Dah berdebu dah blog nie..
Aku bukan tak nak update.
Cuma bila dah menjejakkan kaki kat alam U nie
aku rasa laen je..
Semuanya kena buat sendiri.
Nak kata bz tuh tak larh sangat kan.
Tapi otak aku nie berserabut gila.
Nak kene buat tu buat nie,
last2 semua kerja aku tak jalan.
hahahahahahahaha...

Pasal kuliah pulak aku takde masalah sangat.
Jadual kuliah aku takde larh padat sangat 
macam member2 aku yang laen.
Tapi yang jd masalah aku sekarang
hampir semua subjek aku dalam bahasa inggeris.
Terus terang aku cakap
aku terasa amat bodoh 
bila aku dikelilingi oleh perkataan2 inggeris.
kadang2 tuh ade jugak aku nak try belajar.
aku nak expertkan lagi english aku nie.
tapi aku rase english memang tak sebati dalam diri aku.
aku tak tahu nak buat macam mane lagi.
aku takut sangat kalau pointer aku down.
adehh!! nak menangis larh pulak.
hahahahaha.. 
sabar hajar............
nie larh cabaran untuk kau.
kau kene rajin usaha.
jangan pedulikan orang laen...

banyak giler dugaan2 bila aku dekat U nie.
Dah name pown budak U kan =='
terpaksa larh aku tempuh sorang2..
macam nie larh rasa seorang budak U.
banyak benda kena buat.

Thanks For Reading :)

Friday, May 25, 2012

IAMNEETA da best!!

Hye korang...!

Malam nie aku nak cerita pasal band baru nak naik. time aku dok usha-2 youtube td aku ternampak larh band nie. So, aku try lah dengar lagu-2 dyorang.. Perghhh!! power giler suara vokalist dyorang taw.. Band yg aku maksudkan nie adalah IAMNEETA. Band nie just ada 3 orang ahli sahaja. Dyorang sebenarnya dah lama tapi sekarang baru dikenali. Jom kita p berkenalan dengan depa..



* menurut sumber yang aku tahu dyorang pada mulanya hanya bertemu
di RuangSaya iaitu MySpace.



* yang ni cover album dyorang.. tapi aku tak tahu larh dah ada kat
pasaran ke blom. if nak beli tgk je cover macam nie k.. :)


* yang nie vokalist nya. Namanya Neeta Nabiela (Neeta), 18 tahun.


* yang nie pulak pemain gitar utama Patrick Anohada, 26 tahun. Just call him Patrick.


* lastly, dye nie pemain bass utama. Pemilik nama Anas Zakwan n
just call Anas berumur 19 years old.

Band nie berasal dari Sungai Petani, Kedah. IAMNEETA telah 'dilamar' oleh NAR Records menerusi laman YouTube.  IAMNEETA diambil semperna nama vokalist nya Neeta. Menurut sumber yang aku tahu larh kan nama band nie dinamakan begitu sebab xnak menimbulkan sebarang salah faham dan tidak kepuasan hati selain kedengaran unik serta mudah diingati.

Single pertama yang dyorang bertajuk Tuhan Tolong Aku yang dicipta oleh Patrick sendiri. Aku suka dengar suara Neeta dalam lagu nie. Suara dia soo sweet dan sungguh unik. 



Aku tinggalkan korang video clip from IAMNEETA. Hope korang enjoy for watching!! Chaw~~ Peace no war!!



Thanks For Reading :)

Thursday, May 24, 2012

Sama-2 manfaatkan bulan REJAB

Hye peeps!! hahahaha.. Assalamualaikum..
Petang nie kebetulan aku tak berapa busy. Mak dengan ayah aku pon pergi pasar beli barang-2 untuk majlis kesyukuran semperna aku dah nak masuk U kowt.. Alhamdulillah.. Tertunai gak niat aku time kecik-2 dulu..hehehe..

Oke lah, aku x nak mengarut panjang-2 lagi. Aku nak tunaikan janji aku yang dua hari lepas.. Aku kan ada cakap aku akan kongsikan kelebihan-2 pada bulan rejab kan.. So, aku akan kongsikan sekarang.

Korang pernah tak dengar orang cakap bulan Rejab nie bulan Allah?? Ya, memang betul pun.. Sebab tulah kita perlu buat perkara-2 yg dapat memuliakan-Nya. Macam sabda Nabi s.a.w dibawah nie..

  • "Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya’aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku. Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJ nya, Sya’aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya."
  • "Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat."

So, salah satu cara korang dapat memuliakan bulan Rejab adalah berpuasa. Kalau korang nak tahu, bulan Rejab nie adalah salah satu bulan Haram dalam Islam. Korang jangan keliru pulak dengan perkataan Haram tuh. That's mean if korang berpuasa pada bulan-2 Haram dalam Islam nie ia adalah sunat.

Malam awal Rejab mustajab do’anya. ( Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

1. Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).

2. Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

3. Puasa 3 hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

4. Puasa 4 hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

5. Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur. Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercaya muka.

6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

7. Puasa 8 hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

8. Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH, maka tidak ditolak dia dari memasuki syurga.

9. Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

10. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

11. Puasa 19 hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.


12. Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu.


Thanks For Reading :)

Wednesday, May 23, 2012

Hari nie aku letih gila...!

Hye uolls!!

Sebelum aku nak berbicara aku nak mintak maaf dekat korang sebab janji yang aku buat semalam tak tertunai lagi. Then, sekarang aku rasa aku tak boleh nak berceloteh panjang-2 sebab aku penat gila hari nie.

Aku cuma nak cakap aku happy hari nie pergi ambik duit PTPTN dengan Yayasan TRG tuh coz aku sempat borak-2 dengan member skolah rendah aku dulu.. Walaupun bukan classmate tapi tetap bertrgur sapa kan. Macam tuh larh kawan yg orang cari sekarang. Tak sombong dan tak berlagak. Although badan aku letih gila-2 but berbaloi. Even aku dapat jumpa dengan member lama aku tuh aku dapat lah duit. Banyak jugak.. but shhhhhh!!!!!!!!! hahahaha..

Oke larh, aku chaw chin cau bebeh.. peace no war!!
Thanks For Reading :)

1 Rejab aku puasa!!

Hye.. Assalamualaikum.. :)

Chewwahhh!! Sopan larh pulak aku hari nie. Oke, semalam aku cakap aku nak puasa hari nie kan. So, hari nie aku dah tunaikan hajat semalam aku dengan jaya nya.. hahaha.. Macam kali pertama je aku puasa.. Mak aku cakap puasa pada bulan Rejab nie memang bayak rahmatnya.Korang nak tahu ke? Nanti larh aku bagi tahu.. Hari nie 1 famili aku puasa kecuali adik bongsu aku tuh. Tidur mati dye tuh, mana larh nak sedar bila orang kejut kan dye kan.. Pape pown mmg seronok larh puasa hari nie sebab petang td tak panas pun. Tengah hari tadi pon hujan. Maybe hujan berkat kowt.. hehehe.. Memandangkan 1 family aku berpuasa hari nie, dapat larh makan ikan bakar time berbuka td..

Errmmm, korang nak tahu tak apa yg terjadi dekat aku hari nie? Semalam kan aku kene blasah dengan adik aku kan. Pagi td time bangun tidur 1 badan aku rasa sakit. Macam berat je nak bangun. Kuat jugak aku jatuh semalam rupanya. Aku tengok bahagian lutut hingga kaki aku banyak gak lebam-2.. Paling sakit dekat lutut larh. Macam ada benda cucuk-2 je bila aku berjalan. Sumpah sakit..

Oke larh, sampai sini je celoteh aku hari nie. Sebab hari pown dah tengah malam. Esok aku kena pergi UMT. Nak pergi ambik duit PTPTN dengan Yayasan TRG. hehehe.. Lantak larh orang nak cakap ape pown pasal PTPTN tuh. Yg nak belajar aku bukan dyorang. Kalau xde PTPTN aku tak tahu lah aku dapat sambung belajar ke tak. Aku bukan dari keluarga berada. Nak pinjam dari sumber lain aku rasa bunga dia lagi lah melambung lambung kowt... hehe.. chawww!!!
Thanks For Reading :)

 
Blog Peribadi Milik Hajar Mazalan