Ini Blog Gua ! HajarMazalan: January 2013

Monday, January 21, 2013

Masalah..

Orang cakap makin jauh kita ke berjalan
makin luas pemandangan kita..
Tapi aku takde rasa maca tu pown sekarang nie.
Makin jauh aku bergerak.
makin luas aku melangkah
makin banyak masalah yang datang.
bertimpa-timpa datang kat bahu aku nie..
aku try jugak elak masalah nie semua.
tapi tak boleh..
dia tetap jugak datang bila-bila masa saja..

Masalah boleh datang bila-bila masa je..
walaupun ia tak dijemput dan tak diundang..
kalau boleh aku tak nak langsung berdampingan dengan masalah nie..
tapi apekan daya..
aku nie manusia biasa je..
manusia biasa memang takkan lari dari masalah..
hanya orang gile saje yang takde masalah..

kebanyakan masalah aku berpunca dari classmate aku sendiri.
sekarang aku tengah bengang dengan classmate aku sendiri.
ntah larh... aku tak tahu apa benda yang aku buat
sampai aku rasa aku macam dipulaukan
aku rasa aku macam tak wujud.
macam aku nie tak boleh nampak..
cuma bila aku diperlukan je dyorang baru nampak aku.

ermm, aku malas nak bercerita panjang
sebab ia membuatkan aku terasa sakit.
macam kena tikam dengan pisau je.
selagi aku dapat bertahan aku still bertahan.
tak lama pown lagi nak abis sem nie.
sem depan boleh tukar kelas laen.
persetankan apa orang nak buat kat kita lepas nie.
just pejamkan mata n buat dont know je.


Thanks For Reading :)

Wednesday, January 2, 2013

Orang Hodoh Cantik | Lima

Mesin pembersih hampagas diulang lalu dan sedut di kawasan yang sama.
Bunyi hamburan dari motornya menenggelamkan segala bicara.
Pendengarannya pula sengaja dipekakkan dengan sumbatan fon telinga.
Matanya dipejam, kepala dan pinggulnya diayun mengikut irama.
Ke hadapan dan kembali undur ke belakang, 
kepala penyedut mesin hampagas bergerak sekejap ke kiri dan ke kanan,
namun tidak pernah pergi jauh dari radiusyang sama.

Si lelaki hanya memerhati dari meja makan.
Sama ada kewujudannya tidak disedari atau sengaja diabaikan.
Hatinya terhenti mahu meneruskan kata-kata.

Tidak sampai hatinya mengganggu wanita yang
 pernah dijanji untuk hidup mati bersama itu.
Kerana dia sangat memahami perlakuannya itu sekarang.
Sama ada dia sedang gembira atau memendam rasa,
tiada apa bezanya kerana dia tetap tidak sampai hati mengganggu.

Tidak tergamak menghentikan tarian yang pernah 
membuatnya terpesona itu, dulu, sekarang dan sampai bila-bila.

Walaupun hatinya penat,
sesungguhnya penat menunggu bilakah pengakhirannya tiba.




Thanks For Reading :)

Selamat Tahun Baru..

Haii..
Hari nie dah hari kedua bg tahun 2013.
and aku harap aku tak terlambat lg 
nak ucap happy new year kat semua orang.
aku sebenarnya tak berapa suka 
sambut menda jadah nie semua.
tapi dah jadi budaya orang kan.
asal masuk tahun baru je semua nak bangga.
nak kena ada azam baru lah
boypren baru lah
girlpren baru lah
bestpren baru lah.
tapi bagi aku semua tuh tak penting pown.
cita-2 masa depan yg aku kejar sekarang.

aku tak nak terikat sangat dengan azam tuh..
annoying je semua tuh..
dapat tak jugak.
pastu masuk tahun laen buat azam laen plak.
azam yg lepas pown tak dapat lg.
itu larh manusia sekarang..
hanya terikat dengan keadaan semasa je.
tak dapat nak pikir lebih jauh.

however, whatever u do
i wish u all the best.
jangan sia-2kan azam korang untuk tahun nie k..
bye-2!!

Thanks For Reading :)

 
Blog Peribadi Milik Hajar Mazalan