Ini Blog Gua ! HajarMazalan: May 2012

Friday, May 25, 2012

IAMNEETA da best!!

Hye korang...!

Malam nie aku nak cerita pasal band baru nak naik. time aku dok usha-2 youtube td aku ternampak larh band nie. So, aku try lah dengar lagu-2 dyorang.. Perghhh!! power giler suara vokalist dyorang taw.. Band yg aku maksudkan nie adalah IAMNEETA. Band nie just ada 3 orang ahli sahaja. Dyorang sebenarnya dah lama tapi sekarang baru dikenali. Jom kita p berkenalan dengan depa..



* menurut sumber yang aku tahu dyorang pada mulanya hanya bertemu
di RuangSaya iaitu MySpace.



* yang ni cover album dyorang.. tapi aku tak tahu larh dah ada kat
pasaran ke blom. if nak beli tgk je cover macam nie k.. :)


* yang nie vokalist nya. Namanya Neeta Nabiela (Neeta), 18 tahun.


* yang nie pulak pemain gitar utama Patrick Anohada, 26 tahun. Just call him Patrick.


* lastly, dye nie pemain bass utama. Pemilik nama Anas Zakwan n
just call Anas berumur 19 years old.

Band nie berasal dari Sungai Petani, Kedah. IAMNEETA telah 'dilamar' oleh NAR Records menerusi laman YouTube.  IAMNEETA diambil semperna nama vokalist nya Neeta. Menurut sumber yang aku tahu larh kan nama band nie dinamakan begitu sebab xnak menimbulkan sebarang salah faham dan tidak kepuasan hati selain kedengaran unik serta mudah diingati.

Single pertama yang dyorang bertajuk Tuhan Tolong Aku yang dicipta oleh Patrick sendiri. Aku suka dengar suara Neeta dalam lagu nie. Suara dia soo sweet dan sungguh unik. 



Aku tinggalkan korang video clip from IAMNEETA. Hope korang enjoy for watching!! Chaw~~ Peace no war!!



Thanks For Reading :)

Thursday, May 24, 2012

Sama-2 manfaatkan bulan REJAB

Hye peeps!! hahahaha.. Assalamualaikum..
Petang nie kebetulan aku tak berapa busy. Mak dengan ayah aku pon pergi pasar beli barang-2 untuk majlis kesyukuran semperna aku dah nak masuk U kowt.. Alhamdulillah.. Tertunai gak niat aku time kecik-2 dulu..hehehe..

Oke lah, aku x nak mengarut panjang-2 lagi. Aku nak tunaikan janji aku yang dua hari lepas.. Aku kan ada cakap aku akan kongsikan kelebihan-2 pada bulan rejab kan.. So, aku akan kongsikan sekarang.

Korang pernah tak dengar orang cakap bulan Rejab nie bulan Allah?? Ya, memang betul pun.. Sebab tulah kita perlu buat perkara-2 yg dapat memuliakan-Nya. Macam sabda Nabi s.a.w dibawah nie..

  • "Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya’aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku. Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJ nya, Sya’aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya."
  • "Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat."

So, salah satu cara korang dapat memuliakan bulan Rejab adalah berpuasa. Kalau korang nak tahu, bulan Rejab nie adalah salah satu bulan Haram dalam Islam. Korang jangan keliru pulak dengan perkataan Haram tuh. That's mean if korang berpuasa pada bulan-2 Haram dalam Islam nie ia adalah sunat.

Malam awal Rejab mustajab do’anya. ( Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

1. Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).

2. Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

3. Puasa 3 hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

4. Puasa 4 hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

5. Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur. Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercaya muka.

6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

7. Puasa 8 hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

8. Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH, maka tidak ditolak dia dari memasuki syurga.

9. Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

10. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

11. Puasa 19 hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.


12. Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu.


Thanks For Reading :)

Wednesday, May 23, 2012

Hari nie aku letih gila...!

Hye uolls!!

Sebelum aku nak berbicara aku nak mintak maaf dekat korang sebab janji yang aku buat semalam tak tertunai lagi. Then, sekarang aku rasa aku tak boleh nak berceloteh panjang-2 sebab aku penat gila hari nie.

Aku cuma nak cakap aku happy hari nie pergi ambik duit PTPTN dengan Yayasan TRG tuh coz aku sempat borak-2 dengan member skolah rendah aku dulu.. Walaupun bukan classmate tapi tetap bertrgur sapa kan. Macam tuh larh kawan yg orang cari sekarang. Tak sombong dan tak berlagak. Although badan aku letih gila-2 but berbaloi. Even aku dapat jumpa dengan member lama aku tuh aku dapat lah duit. Banyak jugak.. but shhhhhh!!!!!!!!! hahahaha..

Oke larh, aku chaw chin cau bebeh.. peace no war!!
Thanks For Reading :)

1 Rejab aku puasa!!

Hye.. Assalamualaikum.. :)

Chewwahhh!! Sopan larh pulak aku hari nie. Oke, semalam aku cakap aku nak puasa hari nie kan. So, hari nie aku dah tunaikan hajat semalam aku dengan jaya nya.. hahaha.. Macam kali pertama je aku puasa.. Mak aku cakap puasa pada bulan Rejab nie memang bayak rahmatnya.Korang nak tahu ke? Nanti larh aku bagi tahu.. Hari nie 1 famili aku puasa kecuali adik bongsu aku tuh. Tidur mati dye tuh, mana larh nak sedar bila orang kejut kan dye kan.. Pape pown mmg seronok larh puasa hari nie sebab petang td tak panas pun. Tengah hari tadi pon hujan. Maybe hujan berkat kowt.. hehehe.. Memandangkan 1 family aku berpuasa hari nie, dapat larh makan ikan bakar time berbuka td..

Errmmm, korang nak tahu tak apa yg terjadi dekat aku hari nie? Semalam kan aku kene blasah dengan adik aku kan. Pagi td time bangun tidur 1 badan aku rasa sakit. Macam berat je nak bangun. Kuat jugak aku jatuh semalam rupanya. Aku tengok bahagian lutut hingga kaki aku banyak gak lebam-2.. Paling sakit dekat lutut larh. Macam ada benda cucuk-2 je bila aku berjalan. Sumpah sakit..

Oke larh, sampai sini je celoteh aku hari nie. Sebab hari pown dah tengah malam. Esok aku kena pergi UMT. Nak pergi ambik duit PTPTN dengan Yayasan TRG. hehehe.. Lantak larh orang nak cakap ape pown pasal PTPTN tuh. Yg nak belajar aku bukan dyorang. Kalau xde PTPTN aku tak tahu lah aku dapat sambung belajar ke tak. Aku bukan dari keluarga berada. Nak pinjam dari sumber lain aku rasa bunga dia lagi lah melambung lambung kowt... hehe.. chawww!!!
Thanks For Reading :)

Tuesday, May 22, 2012

Nasib malang

Huaaaarrrrrrrggggggggggghhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Rasa macam malas pulak nak cerita. Tapi disebabkan aku dah anggap blog nie macam diari aku terpaksa cerita larh jugak.. huhuhuhu.... Seriously, x best langsung hidup aku hari nie.. Tapi, ape pown semua tu dah berlalu.. Hanya boleh dijadikan history dalam hidup aku..

Hurmmm, pagi-2 lagi dah malang tau. Biasanya aku bangun pagi pukul 10. Biasa lah kan.. Budak baru lepas SPM. hahaha.. Baru ke? Baru jugak larh kan.. Hari nie aku terpaksa bangun pukul 9 gara-2 jet lalu atas rumah aku.. Terkejut gila bapak aku tau. Ingatkan tsunami mane larh nak datang td. Haiyshhh!!! Ingat nak sambung tidur balik tapi dah tak boleh dah.. Bunyi jet tuh terlalu membingitkan telinga aku. Kalau lalu saja takpe lah. Nie dah macam dok pusing-2 kat atas rumah aku je. Bagai nak pecah kepala otak aku nie. Kalau lah boleh saman memang aku nak saman dah orang yang dok bawak jet tuh.. Lantak larh dia siapa pun. Manusia nie sama je,, mati nanti balut dengan kain putih jugak.

Then, lepas siap mandi apa semua. Aku pun Basuh larh baju-2 yang aku nak bawak pergi UiTM nanti. Memang semangat gila-2 lah nieyh aku nak basuh baju. Lepas je baju aku dicuci oleh mesin basuh aku tengok baju putih aku jadi colourful pulak.. Sungguh magikkan? hahaha.. Apa lah.. Memang buntu gila. Takkan nak beli yang lain kowt..So, aku tunggu lah mak aku balik keje. Lepas je mak aku balik aku terus bagitahu mak aku. Masa tu aku tak tahu pulak mak aku letih. Tetiba je kene ceramah percuma dari mak aku. hohohoho.. Sorry ye mak. Orang bukan sengaja pon. Pastu mak aku suruh rendam baju putih aku tu dalam clorox. hohhh!! Lega bila satu masalah dah selesai.. hahahahaha!!!!!!!

Lepas adik-2 aku balik sekolah pulak, boleh pulak dia melalak bukak youtube kuat-2. Siapa lah tak tension kan. Pagi tadi dah dengar konsert percuma kat atas rumah aku nie. Aku pun pergi lah tutup sound speaker pc tuh..hahaha.. Ingatkan aku dah berhasil. Tapi, adik aku tak nak mengalah jugak. Dia datang terus tarik rambut dan cubit aku. Perghhhh!! Memang sedap lah kena. Aku pun apa lagi. Kalau dah bengang menguasai diri aku terus je lah kejar konon-2 nak sekeh kepala dia. Dah lari sampai ke luar rumah tuh, boleh pulak dia amek selipar ayah aku nak pukul aku.. So, aku lari larh keluar kat pintu belakang. Aku tengok, dia dok kejar aku lagi. So apa lagi, aku terus arr pecut 1000km/jam.. Pusing keliling rumah aku. Sampai je kat belakang aku tak dapat nak imbang dan terus jatuh.. Memang sakit tak terkatalah kan.. Lutut aku bengkak,kuku jari aku calar, betis ngan tapak tangan aku luka. Tambah pulak selipar ayah aku hinggap kat belakang aku.. Perghhhhh!! Asik dehh.. hahaha.. Lepas tuh, mengamuk larh aku macam orang gila. Aku buang kabel kuning belakang pc tuh. Ajar sikit. Biar padan muka tak dapat online. hahaha..

Tapi kan, lepas ayah aku balik keje je terus mood berubah jadi mesra balik. Bila pikir-2 balik memang kelakar lah pulak.. hahahaha!!! Oke larh, malam nie aku nak tidur awal sikit. Esok aku nak puasa sunat semperna 1 Rejab dan puasa ganti.. Baru je nak start ganti. hehehe.. daa!!!!

Akhir kata dari aku:

  • Sesapa yang puasa esok selamat berpuasa k.. Chaiyok!! hehehehe..
  • Hidup nie memang palat, tapi esok masih ada.. ;D

Thanks For Reading :)

Monday, May 21, 2012

Blogger tutorial terbaekkk!!

Sejak pakai line internet kat rumah aku nie memang susah untuk aku tido malam.. Haisy!! Dunia-2.. (dunia plak  yg bersalah) hahaha.. Ape pon cannot lah.

Time-2 macam nie orang semua dah tido. Tp aku?? Aku nak jadi penjaga kabel. Nak tahu x? Kampung aku nie banyak sangat penyangak-2 yg hati batu. Asyik nak curik kabel je. Last-2, aku jugak yg jadi mangsanya. Tak dapat nak online. Pulak tu, bukan main lama lagi orang-2 TM nak baiki kabel tuh. Nak dekat 2 bulan jugak larh aku tak online. Memang macam cacing kepanasan lah bila tak dapat online kan. Geram betol aku.
Kalau nak ikut kan hati aku, nak je aku doakan yg dia mati kena panah petir nnt. Naseb lah hati aku nie masih boleh sabar lagi walaupun dah 2 kali dah berlaku macam nie.. Adehh!! Dunia-2.. (dunia lagi!!)

Tadi,aku ada usha-2 blog orang. Pastu, aku tertarik lah kat satu blog nie. Memang lawa gilerr larh. Loading pon tak lama. Sekejap je. Banyak sangat tutorial-2 yg aku try td. Semuanya menjadi. Tapi, ada gak kowt yg tak jd. hehehe.. Sekarang aku tengah download software photoshop. Lama gilerr menunggu nie. Sabor je larh.. Sabor kan sebahagian drpd iman. kan kan kan? haha.. Dalam rancangan aku nak try blajo cara edit-2 gambar melalui photoshop arr. Then, aku dah jumpa tutorial terbaekkk punya untuk edit-2 gambar nie. Kalau korang berminat korang boleh larh pergi ke blog Cik Dil nie ye.. Peace no war!!
Thanks For Reading :)

Sunday, May 20, 2012

Blog Aku

Hello!! hahahaha..

Hepy tak terkata aku bila dapat buat blog nie.. Sebenarnya nie blog ke-2 aku kalau korang nak tahu lah.. hehehe.. Blog yg first tuh aku dah delete. Korang tok sah cari lah. Memang takde. Korang nak tahu kenapa aku hepy sangat nie? hehe.. First, aku dah tahu cara tukar background n second aku dah tahu macam mana nak buat header.. hehe.. Semua aku buat sendiri tanpa bantuan orang lain. Sebab tu lah tak cute mana pon blog aku nie.. Nie permulaan je dulu. Nnt aku akan try upgrade blog nie dari semasa ke semasa. Tapi satu je yg aku masih pening lagi. Cam mane nak masukkan post kita dalam page yg kita buat?? Ape pon cannot lah..

Blog nie aku nak buat sebagai blog peribadi aku.. Aku akan simpan segala memori pahit manis aku dalam blog nie. So, korang jgn lah menyampah pulak dengan aku nnt yer.. huhuhuhu.. Aku sgt hargai korang if korang sudi jadi follower n komen-2 kat aku punye blog. Takde larh bosan sangat nnt kan. Segala pandangan, pendapat, pujian dan kritikan daripada korang akan aku terima. Peace No War!!



Thanks For Reading :)

 
Blog Peribadi Milik Hajar Mazalan